Genting Highlands, 7 Jun – Selepas bertahun lamanya tidak beraksi di Malaysia, DAESUNG vokalis terkenal kumpulan legenda K-POP BIGBANG, akhirnya kembali seperti yang dinanti-nantikan. Kali ini sebagai artis solo. Jelajah Asia “D’s WAVE” 2025 telah berlangsung di Arena Stars, Resorts World Genting dengan sambutan luar biasa daripada peminat. Malam tersebut dipenuhi dengan muzik, sorakan dan detik-detik beremosi yang dikongsi dengan para peminat.
Sorakan gemuruh dan keterujaan peminat DAESUNG memenuhi Arena Stars, Resorts World Genting seawal sebelum konsert bermula. Ketika cahaya laser menembusi kegelapan dan visual LED menerangi pentas dengan penuh gaya, para peminat mula menyanyikan lagu secara spontan. Menyemarakkan suasana malam yang penuh magis. Saat lagu pembukaan “Universe” dimainkan, ribuan suara bersatu dalam harmoni yang memukau, mengejutkan DAESUNG dan benar-benar menyentuh hatinya.
Sewaktu sela antara lagu, DAESUNG mencuit hati penonton dengan ungkapan-ungkapan manis dalam Bahasa Melayu yang fasih, seperti: “Terima kasih! Dah makan? Memang mantap! Sayang kau orang! Jumpa nanti!”. Beliau turut mengejutkan peminat apabila tiba-tiba menanggalkan jaketnya, menyebabkan suasana menjadi gamat. Sambil tersenyum melihat sokongan daripada para peminat, DAESUNG berseloroh, “Saya lupa nak cakap apa… patut saya terus menyanyi saja?” Jenaka spontannya ini menjadi tema berulang sepanjang persembahan, menyerlahkan keperibadiannya yang mencuit hati.
Dari segi vokal, DAESUNG membuktikan kemantapan vokalnya, menyampaikan hampir 18 lagu tanpa banyak rehat. Memperlihatkan kehebatan nota tingginya dan persembahan yang sangat mantap. Antara detik kemuncak ialah duet maya beliau bersama rapper Korea, Han Yo Han menerusi lagu “Last Girl (with Han Yo Han),” yang diserikan dengan visual LED. Beliau turut mempersembahkan lagu Jepun sambil menunjukkan keprihatinannya dengan menyediakan sari kata Bahasa Inggeris di skrin. Beliau menambah dengan nada mesra, “Tak mengapa jika anda tidak faham liriknya. Muzik tiada sempadan. Jika anda dapat merasai emosi itu, itu sudah memadai.”
Suasana penuh kehangatan terus menyentuh hati sepanjang malam. Ketika lagu “Lights” dipersembahkan, ribuan peminat menyalakan lampu telefon bimbit, membentuk lautan cahaya yang memukau, menghidupkan suasana seolah mimpi indah.
Di pertengahan konsert, selepas mempersembahkan lima lagu bertenaga, DAESUNG berseloroh, “Ada penterjemah tunggu di belakang pentas! Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris!” Beliau turut mengakui bahawa motivasinya ialah, Sebab saya mahu bercakap dengan peminat semasa konsert.”
Beliau kemudian membaca sepucuk surat tulisan tangan dalam Bahasa Korea, meluahkan penghargaan yang tulus: “Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya. Kerana anda semua, saya dapat memulakan perjalanan baharu, melancarkan album saya, dan kembali ke pentas. Terima kasih kerana mempercayai saya.” Sebagai tanda penghargaan semasa segmen encore, beliau menghadiahkan peminat dengan gabungan lagu-lagu hit BIGBANG seperti “FANTASTIC BABY,” “BANG BANG BANG,” “WE LIKE 2 PARTY,” serta lagu solonya “Look At Me, Gwisun.” Sorakan yang tidak terhenti dari penonton membawa beliau kembali semula ke pentas untuk menyampaikan satu lagi lagu atas permintaan ramai.
Pada penghujung, DAESUNG memberi penghormatan kepada para peminatnya dan menyampaikan ucapan perpisahan yang menyentuh hati: :
“Selagi anda memanggil saya, saya akan sentiasa berada di sini.”
Konsert DAESUNG di Malaysia merupakan satu kejayaan, menampilkan kehebatan vokalnya, emosi yang mendalam, dan kehangatan peribadinya. “D’s WAVE” bukan sekadar sebuah konsert; ia adalah satu ikatan yang luar biasa antara seorang artis dan para peminatnya, disulam dengan muzik, keikhlasan, dan sokongan.
Janganlupa untuk Follow dan Like KMania di Facebook, Twitter, Instagram , TikTok dan Youtube untuk tonton lebih banyak lagi video DAESUNG “D’s WAVE” 2025 Asia Tour in Malaysia dan untuk mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini tentang dunia hiburan Korea.