Choi Min Sik, Choi Hyun Wook & Barisan Pelakon Hebat Sah Bintangi Drama “Notes From The Last Row”

Choi Min Sik, Choi Hyun Wook, Heo Joon Ho dan beberapa pelakon lain telah disahkan membintangi drama baharu yang akan datang!

Pada 29 Mei, Netflix mengesahkan produksi siri baharunya yang bertajuk “Notes From The Last Row” bersama barisan pelakon utama.

Drama ini diadaptasi daripada karya teater terkenal Sepanyol oleh Juan Mayorga dan akan mengisahkan Heo Mun Oh, seorang profesor sastera yang dahulunya bercita-cita menjadi penulis tetapi kini menjalani kehidupan yang hambar dan penuh kehampaan. Suatu hari, beliau tertarik dengan hasil penulisan Lee Kang, seorang pelajar yang sering duduk di barisan paling belakang dalam kelasnya. Minatnya yang pernah terpadam kembali menyala.

Pelakon senior Choi Min Sik, yang berjaya mencatat kutipan tinggi di pawagam tahun lalu menerusi filem Exhuma dengan lebih 11 juta penonton, akan melakonkan watak Mun Oh – seorang profesor sastera dan bekas penulis yang pernah menghasilkan sebuah novel semasa muda, tetapi berhenti menulis kerana kecewa dengan kritikan rakan-rakan.

Choi Hyun Wook, yang terkenal dengan lakonan hebat dalam drama Weak Hero Class 1, Twinkling Watermelon, dan My Dearest Nemesis, akan membawa watak Lee Kang – seorang pelajar kejuruteraan yang selalu duduk di barisan belakang kelas tetapi menonjol kerana bakat menulis yang sangat baik. Mun Oh tertarik dengan bakat Lee Kang dan menjemputnya untuk sertai kelas sastera rahsia.

Namun, minat kuat Mun Oh terhadap penulisan Lee Kang membawa mereka ke jalan yang tidak disangka. Lakonan hebat dari pelakon legenda Choi Min Sik dan bintang muda Choi Hyun Wook membuatkan drama ini semakin dinanti-nantikan.

Turut menyertai barisan pelakon ialah:

🔸 Heo Joon Ho, yang menunjukkan lakonan hebat dalam Buried Hearts, Why Her?, dan filem Dr. Cheon and the Lost Talisman, akan memegang watak Kim Su Hun – seorang penulis terkenal dan bekas rakan sekelas Mun Oh yang pernah dikagumi dan juga dicemburui secara senyap. Kejayaan dan karisma Kim Su Hun buat Mun Oh rasa rendah diri.

🔸 Kim Yun Jin, yang terkenal menerusi siri global seperti Lost dan Money Heist: Korea, akan memegang watak Ahn Eun Joo, isteri Kim Su Hun. Dengan pesona dan keanggunannya, beliau dijangka mempamerkan sisi berbeza yang mengesankan.

🔸 Jin Kyung, pelakon berwibawa yang dikenali menerusi Dr. Romantic, Love in Contract, dan The Story of Park’s Marriage Contract, akan memainkan watak Jo Hyeon Suk, isteri Mun Oh yang juga seorang pakar psikologi.


Drama ini dijangka menyajikan konflik jiwa, hubungan kompleks, dan pertarungan emosi antara generasi – disulami dengan lakonan hebat dari barisan pelakon berpengalaman dan berbakat.

“Notes From The Last Row” bakal menjadi satu lagi siri Netflix yang dinanti-nantikan.

Sumber : 1