Bersiap sedia untuk acara tahunan paling dinanti — MAMA AWARDS 2025!
Pada 29 Mei, pihak penganjur telah mengumumkan bahawa edisi tahun ini akan berlangsung di Stadium Kai Tak, Hong Kong pada 28 dan 29 November 2025.
Ini menandakan kali pertama dalam tujuh tahun sejak 2018 acara MAMA kembali dianjurkan di Hong Kong. Menurut pihak penganjur, “Sempena ulang tahun ke-30 Mnet, kami memilih untuk kembali ke Hong Kong, yang pernah menjadi tuan rumah paling kerap untuk MAMA dan masih merupakan pasaran konsert K-pop utama di Asia.”
Skala penganjuran kali ini turut diperluas sehingga empat kali ganda lebih besar. Stadium Kai Tak, yang baru dibuka pada Mac tahun ini, mampu menampung sehingga 50,000 penonton. CJ ENM menjanjikan pentas yang inovatif dan penuh kreativiti di venue ikonik baharu ini.
Shin Hyung Kwan, Ketua Bahagian Kandungan Muzik CJ ENM berkata:
“Kami akan menonjolkan artis serta profesional industri yang mencipta pencapaian luar biasa sambil memacu trend K-pop tahun ini. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menampilkan kekuatan dan daya saing global K-pop melalui persembahan ikonik, gabungan pengarahan kreatif dan kemahiran teknikal yang menjadi identiti MAMA AWARDS.”
Anda teruja untuk MAMA AWARDS 2025? Nantikan kemas kini selanjutnya!
Sumber : 1