24 Mei 2025, Megastar Arena, Bukit Bintang — Sabtu malam yang penuh vibes! Kai, akhirnya tiba di Malaysia untuk konsert solo sulungnya — 2025 KAI SOLO CONCERT TOUR <KAION> IN KUALA LUMPUR. Nama “KAION” diambil daripada gabungan nama Kai dan perkataan Greek “ion” yang bermaksud tenaga. Memang energetic habis persembahan malam tu.
Konsert bermula tepat jam 7.30 malam dan dibahagikan kepada empat babak istimewa, menggambarkan sisi peribadi dan emosional Kai , dari yang gelap dan misteri ke vibes romantik dan cool. Lagu pembukaan “Sinner” terus buat penonton tak senang duduk, diikuti barisan bangers seperti “Mmmh”, “Hello Stranger”, “Peaches” dan “Rover” yang memang buat semua orang menyanyi dan menari habis-habisan.
Satu babak yang cukup istimewa di mana Kai mempersembahkan medley tarian lagu-lagu EXO seperti “My Lady”, “Baby Don’t Cry” dan “Angel”. Nostalgia betul Main Dancer Energy!! EXO-L memang happening habis. Bayangkan Kai menari diiringi nyanyian peminat-peminat Malaysia.
Kai juga sempat selitkan sweet moments, siap puji peminat Malaysia sebagai paling semangat dan penuh energi positif! Dia tak henti-henti ucap “I love Malaysia!” dan janji akan datang lagi. Paling lawak bila dia excited nak lepak mamak dan try semua menu Malaysia, dari nasi lemak ke roti tisu. Kira foodie alert juga Kai ni.
Paling comel bila Kai sangat patuh dengan peraturan Malaysia, siap buat perubahan pada pakaian dia, bukan dia sahaja malah penari latar sekali. Respect! Tapi dia sempat bergurau, katanya sayang betul. Dia nak sangat abs kat peminat. Haa, sabar ya Kai, lain kali boleh cuba lagi.
Encore ditutup dengan lagu-lagu “Blue” dan “To Be Honest” yang cukup menyentuh hati dan penonton nyanyi sama-sama. Kelihatan Kai sangat seronok pada malam tu, sampai berat hati nak balik. Kalau boleh nak sama-sama menari lagu “Adult Swim” lagi dengan peminat. Memang malam yang penuh visual mantap dan stage presence yang tak boleh disangkal. Kai bukan saja penyanyi dan penari hebat, tapi juga entertainer sejati.
#KAIONinKL berjaya bawa satu malam yang takkan dilupakan, penuh cinta, peluh, dan sorakan dari lautan peminat Malaysia. Terima kasih kepada pihak penganjur, CK Star Entertainment Malaysia kerana berjaya merealisasikan impian peminat. Terima kasih Kai kerana hadir dan menyentuh hati kami. Jumpa lagi di lain masa, okay? Malaysia sentiasa tunggu kamu.