(G)I-DLE Tukar Nama Kepada “i-dle”, Tanda Permulaan Era Baharu

Kumpulan wanita popular (G)I-DLE kini secara rasmi dikenali sebagai “i-dle”, menurut kenyataan daripada agensi mereka, Cube Entertainment, pada 1 Mei 2025.

Pengumuman ini dibuat sempena ulang tahun ketujuh debut kumpulan tersebut menerusi saluran media sosial rasmi mereka. Cube menggambarkan perubahan ini sebagai satu “permulaan baharu” buat kumpulan itu.

Menurut kenyataan media, huruf “G” dan tanda kurungan dibuang daripada nama asal bagi menegaskan semula identiti kumpulan yang tidak terikat pada mana-mana jantina.

“Penghapusan tanda kurungan juga membawa maksud bahawa konsep dan muzik i-dle pada masa hadapan tidak akan terbatas,” jelas pihak agensi.

Seiring penjenamaan semula ini, logo baharu turut diperkenalkan, menampilkan tanda asterisk yang tidak lengkap di hujungnya, melambangkan lima orang ahli kumpulan. Semua saluran media sosial rasmi juga telah dikemas kini dengan identiti baharu ini.

i-dle mula debut pada tahun 2018 dan telah menghasilkan pelbagai lagu popular seperti:

  • “Latata” (2018)
  • “Tomboy” (2022)
  • “Nxde” (2022)
  • “Queencard” (2023)

Pada hari ulang tahun ketujuh itu juga, i-dle mengumumkan pelancaran dua album mini baharu: We are i-dle, yang telah keluar pada 2 Mei, dan We Are, yang akan dilancarkan pada *19 Mei jam 6 petang (KST).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by i-dle (아이들) (@i_dle_official)

We Are juga menandakan kemunculan semula penuh pertama mereka sejak kesemua ahli memperbaharui kontrak bersama Cube Entertainment, sekaligus memulakan era baharu kumpulan ini.

Sumber : 1