Drama baharu “Nine Puzzles” telah mendedahkan beberapa gambar baharu yang mencuri perhatian!
“Nine Puzzles” merupakan drama misteri thriller yang mengisahkan Yoon Yi Na (lakonan Kim Da Mi), seorang profiler yang juga satu-satunya saksi dalam kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan 10 tahun lalu. Bersama detektif Kim Han Saem (lakonan Son Suk Ku), yang masih menganggap Yi Na sebagai suspek utama, mereka menyiasat semula misteri kes pembunuhan bersiri yang bermula dengan kemunculan satu kepingan puzzle yang mencurigakan.
Gambar yang dikongsikan memaparkan pertemuan antara Yi Na semasa zaman sekolah menengah—yang menjadi saksi dan suspek dalam kes pembunuhan bapa saudaranya, satu-satunya ahli keluarga yang tinggal—dan Han Saem, detektif yang menyiasat kes itu. Ketegangan jelas terasa dalam hubungan mereka, apatah lagi apabila Yi Na hilang ingatan tentang kejadian tersebut, manakala Han Saem berazam menyelesaikan kes pertamanya sebagai pegawai polis.
Kini, selepas sedekad, Yi Na dan Han Saem kembali bertemu sebagai profiler dan detektif. Mereka bekerjasama dalam siasatan baharu untuk membongkar kes pembunuhan bersiri yang muncul semula bersama satu lagi kepingan puzzle. Ketegangan ketika mereka saling bertentang mata dalam gambar yang dirakam, menambahkan rasa ingin tahu penonton terhadap kerjasama mereka nanti. Fokus kini tertumpu kepada sama ada Yi Na dan Han Saem, yang berada di antara sempadan curiga dan percaya, mampu merungkai rahsia di sebalik pembunuhan ini dan menamatkan siasatan dengan jayanya.
Enam episod pertama “Nine Puzzles” akan ditayangkan pada 21 Mei, diikuti tiga episod lagi pada 28 Mei. Dua episod terakhir pula akan disiarkan pada 4 Jun, menjadikan keseluruhan drama ini berjumlah 11 episod. Strim “Nine Puzzles” di Disney+ Hotstar mulai 21 Mei 2025.
Sumber : 1