Selepas melancarkan lagu terbaharu berjudul “Loose”, kumpulan lelaki popular ENHYPEN bakal muncul dalam rancangan bual bicara terkenal Amerika, ‘Jimmy Kimmel Live!’
Pengumuman mengenai penampilan mereka itu dikongsikan pada 6 April menerusi saluran media sosial rasmi ENHYPEN, lengkap dengan imej dan tarikh siaran yang dijadualkan.
Menurut pengumuman tersebut, ENHYPEN akan muncul dalam ‘Jimmy Kimmel Live!’ pada 10 April, jam 11:35 malam waktu tempatan.
Ini merupakan aktiviti rasmi pertama ENHYPEN selepas pelancaran lagu “Loose” pada 4 April lalu. Dalam masa yang sama, kumpulan ini juga sedang membuat persiapan untuk penampilan sulung mereka di festival muzik ternama dunia, Coachella Valley Music and Arts Festival, yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 19 April.
All this tension let your body 🫠
Stay tuned❤️🔥 @JimmyKimmellive at April 10 23:35 EST/April 11 12:35 KST on @ABC pic.twitter.com/n86A5CyCHT— ENHYPEN OFFICIAL (@ENHYPEN) April 5, 2025