Choi Min Hwan, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bekas isterinya bahawa dia pernah terjebak dalam aktiviti pelacuran.
Pada 18 Disember 2024, Choi Min Hwan daripada kumpulan FT Island ini, menjelaskan di laman kelab peminat Weverse sambil berkata, “Aku tak pernah terbabit dengan mana-mana aktiviti pelacuran, dan tak pernah disabitkan kesalahan kerana tak cukup bukti.”
“Bagaimana kau nak buktikan aku tak lakukannya? Sebab itulah aku tak nak cakap apa-apa. Hotel dan motel dalam rakaman itu adalah tempat aku bersendirian, dan aku tak faham kenapa korang paksa aku untuk mempercayainya,” tulisnya lagi.
“Aku harap ada bukti nyata, tapi minta maaf aku tiada. Aku tiada lagi boleh buat alasan. Aku cuma nak korang tahu bahawasanya ia tak benar. Aku tak terfikir pun untuk menyorok atau melarikan diri,” sambungnya kemudian.
Choi Min Hwan ditanya netizen tentang ketulenan rakaman video berkenaan yang mana Choi Min Hwan dikatakan meminta pengurus pusat hiburan itu untuk membuat tempahan bilik dan meminta wanita (pelacur) itu untuk menyediakan berus gigi dan ubat mabuk.
“Kau tahu tak macammana nak tempah sendiri? Kau ada aplikasi tak? Kau kata tak pernah terjebak dengan pelacuran, tapi kau tak boleh cakap akhirnya sebab kau tak pergi ke pusat hiburan?,” tanya netizen itu di salah satu ruangan komen.
Tanpa berfikir panjang, Choi Min Hwan segera membalas, “Aku tak tahu patutkah aku cakap. Sebenarnya aku dah lama ikat ‘telur’ aku (memandulkan diri-sendiri). Maka, aku tak perlu kondom. Berus gigi aku juga sentiasa bersih dan aku akan bawanya ke mana-mana saja, kenapa pula kau nak terlebih tahu ini?.” Komen Choi Min Hwan tidak menjelaskan samada dia pernah mengunjungi pusat hiburan tak bertauliah berikut.
Tidak lama selepas itu, Choi Min Hwan memadamkan komen yang dibuat olehnya.
Isu ini timbul selepas bekas isteri Choi Min Hwan, Yul hee mendedahkan rakaman panggilan telefon di antara Choi Minhwan dan pengurus pusat hiburan di Youtube pada Oktober. Yulhee mendakwa ketika dia sedang minum dan ahli-ahli keluarganya yang lain sibuk dengan hal masing-masing, Choi MinHwan menyentuh kemaluannya di hadapan mereka dan tertanya-tanya samada suaminya pernah jumpa dengan pelacur.
Walaubagaimanapun, siasatan polis kemudian tidak menemui sebarang bukti yang boleh mendakwa Choi Min hwan dengan jenayah berkenaan. Oleh yang demikian, siasatan ditutup serta-merta pada 29 November 2024 lalu.
Choi Min Hwan FT Island dan Yul Hee LABOUM mula mengikat tali perkahwinan pada tahun 19 Oktober 2018. Mereka dikurniakan tiga orang anak, seorang anak lelaki dan dua orang anak kembar perempuan. Mereka akhirnya bercerai pada 4 Disember 2023.
Sumber: moneytoday