Presiden Korea Selatan isytihar darurat tentera yang pertama sejak tahun 1987

Presiden Korea Selatan mengumumkan darurat tentera pertama di negaranya, kali terakhir pernah dibuat lebih 37 tahun lalu.

Pengumuman ini dibuat ekoran pergelutan politik yang tidak kesudahan di antara kerajaan yang diterajui oleh Yoon Suk Yeol selaku Presiden dan pembangkang yang diketuai oleh Lee Jae Myung.

Yoon Suk Yeol menuduh pembangkang sebagai pasukan pro-komunis, yakni menjadi asbab untuk beliau mengambil langkah drastik berkenaan. Baru-baru ini, pembangkang iaitu Parti Demokrat yang menguasai kerusi majoriti di Parlimen, telah bertindak mengusulkan pemecatan ke atas beberapa pendakwa raya kanan negara itu selain penolakan keras mereka terhadap usul belanjawan kerajaan.

“Untuk melindungi Korea Selatan yang liberal daripada ancaman yang dibuat oleh tentera komunis Korea Utara dan untuk menghapuskan segala unsur-unsur anti-pemerintah… Maka dengan ini, saya mengisytiharkan undang-undang tentera darurat,” kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di rancangan televisyen YTN untuk makluman kepada seluruh rakyat negara itu.

Berikut merupakan intipati undang-undang berkenaan:

1. Segala aktiviti politik termasuk perhimpunan dan rapat umum adalah dilarang.

2. Segala tindakan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan demokratik, berita palsu, propaganda palsu dan manipulasi pendapat umum adalah dilarang.

3. Kesemua media dikawal oleh undang-undang tentera.

4.  Apa-apa yang menggalakkan pergaduhan awam dilarang.

5. Kesemua ahli perubatan (doktor-doktor, jururawat dan mereka yang bekerja dalam bidang perubatan) mesti kembali meneruskan tugas masing-masing dalam masa 48 jam daripada sekarang.

6. Rakyat yang baik, tidak termasuk mereka daripada kalangan anti-pasukan negara, kurang-kuranglah melakukan perkara yang tidak menyenangkan dalam kehidupan seharian.

Sumber: N/A, Bernama

loading...