Drama saeguk TVING, “Queen Woo,” telah berkongsi sebab-sebab utama untuk anda menonton drama ini. Bahagian pertama “Queen Woo” telah disiarkan pada 29 Ogos yang lalu. Manakala bahagian kedua akan disiarkan pada September ini.
Queen Woo” adalah drama aksi sejarah yang mengikuti kisah Ratu Woo, yang menjadi sasaran lima puak yang berusaha merebut kuasa dan putera-putera yang mengejar takhta selepas kematian mengejut raja.
Berikut adalah empat sebab untuk menonton drama baru ini:
1. Transformasi dramatik oleh Jeon Jong Seo, Kim Moo Yeol, Jeong Yu Mi, Lee Soo Hyuk, Park Ji Hwan, dan Ji Chang Wook
“Queen Woo” telah menarik perhatian kerana barisan pelakonnya yang cemerlang. Jeon Jong Seo, yang membuat penampilan pertamanya dalam drama sejarah, memegang watak Ratu Woo Hee, manakala Kim Moo Yeol membintangi sebagai Eul Pa So, perdana menteri Goguryeo yang cekap dan bijaksana. Jeong Yu Mi memerankan adik perempuan Woo Hee yang bercita-cita tinggi dan bermuka dua, Woo Sun, sementara Lee Soo Hyuk menambah ketegangan dalam perebutan takhta sebagai Go Bal Gi. Park Ji Hwan membawa karisma ke dalam peranannya sebagai pahlawan yang boleh diharapkan, Moo Gol, dan Ji Chang Wook memerankan Raja Go Nam Moo yang baik hati tetapi berani. Bersama-sama, pelakon-pelakon ini menjanjikan sinergi yang kuat.
2. Perkahwinan Semula Ratu Woo Hee
“Queen Woo” mengisahkan tentang keputusan Ratu Woo Hee untuk mengikuti tradisi “chisuhon” (perkahwinan levirat), di mana seorang balu berkahwin dengan abang suaminya yang telah meninggal dunia untuk memastikan dia kekal sebagai ratu. Selepas kematian raja, Ratu Woo meninggalkan istana untuk secara peribadi memilih dan melantik raja baru, memastikan dia terus memegang gelarannya. Drama ini menonjolkan 24 jam yang penuh ketegangan di mana dia mempertahankan kedudukannya, menggambarkan beliau sebagai wanita yang kuat dan berdikari.
Pengarah Jung Se Kyo menjelaskan, “Saya sangat tertarik ketika membaca tentang Ratu Woo, yang tidak hanya tinggal di istana tetapi juga keluar untuk memilih masa depannya sendiri. Saya ingin menghidupkan cerita ini dalam drama. Saya mahu menunjukkan seorang ratu yang memilih dan melantik raja dengan tangannya sendiri—sesuatu yang belum pernah kita lihat sebelum ini.”
3. Drama sejarah yang mendebarkan dengan babak aksi dan kejar-mengejar yang sengit
“Queen Woo” adalah sebuah drama aksi yang mengikuti Ratu Woo Hee dalam usahanya untuk mencari raja baru selepas kematian raja sebelumnya, sambil berdepan cabaran daripada pelbagai puak dan putera yang merebut takhta. Dengan tempoh 24 jam yang penuh ketegangan, drama ini menawarkan penceritaan yang pantas dan babak kejar-mengejar yang penuh aksi.
Pengarah Jung Se Kyo menerangkan, “Kami menggunakan teknik penyuntingan yang pantas untuk menimbulkan rasa mendesak dan memberi perhatian khusus kepada muzik serta campuran bunyi. Setiap puak mempunyai gaya dan nada yang tersendiri, yang akan meningkatkan pengalaman visual penonton. Terdapat babak aksi yang unik dan belum pernah disaksikan di Korea, jadi saya harap anda akan menantikannya.”
4. Pertarungan sengit untuk takhta
Dalam drama ini, Ratu Woo Hee membuat keputusan untuk berkahwin dengan abang suaminya yang telah meninggal dunia. Ianya dilakukan demi melindungi apa yang paling penting baginya selepas kematian mengejut Raja Go Nam Moo yang menyebabkan kekacauan dalam negara. Dia terlibat dalam persaingan sengit untuk merebut takhta dan harus berhadapan dengan empat adik raja, termasuk putera ketiga yang kejam, Go Bal Gi. Dengan masa depan keluarga dan negara dipertaruhkan, mmembuat keputusan yang tepat adalah sangat penting. Drama ini memfokuskan sama ada Woo Hee dapat mengelak daripada puak-puak yang mengejarnya, mencari raja baru, dan meneruskan kesinambungan kuasa pada malam yang penuh cabaran itu.
Pengarah Jung Se Kyo berkata, “Sila beri perhatian kepada dua aspek utama: penyiasatan terhadap kematian raja di dalam istana dan sama ada Woo Hee boleh kembali ke istana dengan selamat selepas berkahwin dengan abang raja di luar istana.”
“Queen Woo” boleh ditonton menerusi tvN Asia Astro Ch395 & Astro GO ǀ unifi TV Ch211 & unifi playTV | tonton. Siri ini juga turut tersedia untuk tontonan menerusi platform Viu Malaysia. Bahagian pertama ep 1-4 telah disiarkan pada 29 Ogos manakala bahagian kedua ep 5-8 akan disiarkan pada 12 September.
Sumber : 1