Menyanyikan lebih 40 buah lagu dan beri persembahan yang luar biasa, bukti kasih sayang B.I buat peminatnya di Malaysia

Mega Star Arena, 30 Jun 2024 – B.I, mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia dengan judul B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’. Konsert yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment ini berlangsung pada pukul 6 petang di Mega Star Arena, Bukit Bintang dan menarik lebih daripada 3,000 peminat, termasuk dari Asia Tenggara dan Timur Tengah.

B.I memulakan persembahan dengan menyanyikan 12 buah lagu tanpa henti, termasuk “Michelangelo”, “Alive”, “One&Only”, “Waterfall”, “Illa Illa”, “Loved”, “Numb”, “BTBT”, “Keep me up”, “Got it like that”, “Remember Me”, dan “Dare to love”. Persembahan tanpa henti, bertenaga dan tarian memukau membuatkan para peminat turut kekal bertenaga.

@kmania.my

BI (Hanbin) nyanyi lagu BTBT B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ in Kuala Lumpur Ahad 30.06.2024 di Megastar Arena. #BI #비아이 #HYPEUPinKL #BIinKL #LEOinKL #리오 #LEO #LofiEntertainment #kmaniamy

♬ original sound – KmaniaMY – KmaniaMY

Selepas menyanyikan 12 buah lagu tersebut, B.I mengumumkan artis jemputan untuk konsert ini, iaitu LEO, artis di bawah naungan syarikatnya, 131 Label. LEO telah menyanyikan tiga lagu iaitu “Pretty plzzz”, “Come Closer”, dan “Farewell”. Setelah persembahan LEO, B.I kembali ke pentas dan menggegarkan suasana dengan menyanyikan tiga belas lagu lain, antaranya “Tasty”, “TTM”, “Lover”, “DF KV FREESTYLE”, “Born Hater”, “Smoke”, “Nineteen”, “The Island of Misfit Toys”, “Die for Love”, “All Shook Up”, “Wave”, dan “Beautiful Life”.

Selingan istimewa buat peminat sebelum menyanyikan lagu “Nineteen”, apabila B.I turun dari pentas dan mencari seorang peminat berumur 19 tahun. Peminat yang terpilih berpeluang untuk berbual dengan beliau tentang harapan untuk terus belajar dan menghadiri konsert B.I pada masa akan datang. B.I menyatakan bahawa peminat seperti itulah yang membuatnya terus bersemangat untuk berkarya.

Persembahan diteruskan dengan lagu “Cosmos” sebagai encore stage. Suasana semakin rancak dengan suara ID (ID merupakan nama kelab peminat B.I yang bermaksud identiti)  yang bergema di seluruh Mega Star Arena. ID juga membuat kejutan untuk B.I dengan tayangan video VCR FANS PROJECT yang menampilkan nyanyian dan ucapan peminat. B.I kelihatan sangat terharu dan gembira.

@kmania.my

Reaksi B.I tengok video fan. Dia siap terangkan kat akhir video kenapa skip Malaysia tahun lepas. Takde niat pun katanya 😆 B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ in Kuala Lumpur Ahad 30.06.2024 di Megastar Arena. #BI #비아이 #HYPEUPinKL #BIinKL #LEOinKL #리오 #LEO #LofiEntertainment #kmaniamy

♬ original sound – KmaniaMY – KmaniaMY

Konsert ini diteruskan dengan nyanyian dan tarian tanpa henti sebanyak dua puluh lagu lagi, antaranya “Rebirth”, “Tasty”, “BTBT”, “ILLUSION”, “One&Only”, “Be I”, “Michelangelo”, “TTM”, “Tasty (Dance with Fans)”, “Freestyle with Dancer (Demo)”, “Feel Good”, “Demo Song ft LEO”, “Alone”, “SOS”, “Endless Summer”, “Middle with You”, “Farewell”, “Freaky Boy”, “Beautiful Life”, dan “Cosmos”. B.I juga memanggil empat peminat bertuah untuk naik ke pentas dan menari bersamanya. B.I terpesona dengan tarian mereka dan berterima kasih kepada mereka dengan bergambar bersama di pentas.

Ketika menyanyikan lagu “Middle with You”, B.I sekali lagi turun dari pentas dan bertemu peminat di setiap sudut Mega Star Arena. Peminat berpeluang memberikan hadiah seperti bendera Malaysia kepada B.I sebelum disertai oleh LEO untuk menyantuni para peminat.

Konsert yang berlangsung hampir tiga jam ini sangat memuaskan dengan lebih 40 lagu oleh B.I, 3 lagu oleh LEO, dan sebuah lagu duet antara B.I dan LEO. Nyanyian dan tarian yang bertenaga benar-benar menyerlahkan pesona bintang beliau, dan ia  benar-benar memukau.

Jangan lupa untuk Follow dan Like KMania di FacebookTwitterInstagramTikTok dan Youtube untuk tonton lebih banyak lagi video B.I Hype Up di Kuala Lumpur dan untuk mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini tentang dunia hiburan Korea.

loading...