Penyanyi kpop popular mula berjinak-jinak dengan aplikasi pornografi

Penyanyi kpop popular yang sinonim dengan nama Jay Park, mula berjinak-jinak dengan aplikasi pornografi apabila mengambil keputusan untuk membuka akaun OnlyFans pada 24 Jun 2024.

Menurut laporan, Jay Park membuka laman aplikasi kontroversi tersebut dengan memaparkan keadaan dirinya tak berbaju sebagai foto profil dan memuatnaik satu video berunsurkan lucah. “Terima kasih di atas sokongan kalian dan saya gembira di sini ketika semua orang mahukan sesuatu yang berbeza,” katanya seraya mengesahkan sudah membuka akaun tersebut bermula semalam.

Walaubagaimanapun, motif Jay Park berbuat demikian masih menjadi tanda tanya. Langkah diambilnya itu dikatakan sebagai promosi untuk album terbarunya, ‘Jay Park Season 2’ yang dilancarkan pada bulan lepas dan ini kali pertama penyanyi Kpop bertindak membuka akaun OnlyFans, menurut satu penjelasan dibuatnya menerusi Instagram.

Sumber: sport khan

loading...