T.O.P keluar kenyataan selepas projek dearMoon SpaceX batal dan beri bayangan keluarkan muzik baharu

T.O.P telah berkongsi pendapatnya mengenai pembatalan projek dearMoon SpaceX.

Pada 1 Jun, jutawan Jepun Yusaku Maezawa mengumumkan pembatalan misi “dearMoon”, sebuah projek pelancongan ke bulan yang bertujuan untuk menjadi penerbangan persendirian pertama mengelilingi bulan. Pada tahun 2022, T.O.P merupakan salah seorang daripada lapan artis yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam ekspedisi itu sebagai anak kapal.

Ditunda selepas diunjurkan untuk dilancarkan pada 2023, ia telah dibatalkan secara rasmi pada Jun 2024, dengan notis pembatalan daripada dearMoon yang menyatakan seperti berikut:

Malangnya, pelancaran 2023 telah menjadi mustahil, dan tanpa kepastian jadual yang jelas dalam masa terdekat, dengan berat hati Maezawa membuat keputusan yang tidak dapat dielakkan iaitu dengan membatalkan projek ‘dearmoon’ tersebut. Kepada semua yang telah menyokong projek ini dan menantikan usaha ini, kami amat menghargainya dan memohon maaf atas keputusan ini.

Sehari selepas pengumuman itu, T.O.P menggunakan Instagramnya untuk menghantar mesej ikhlas dalam bahasa Inggeris berhubung pembatalan itu. Bekas ahli BIGBANG itu juga beri bayangan kepada projek muzik yang baharu. Dia menyebut bahawa persiapannya untuk misi ini telah memberi inspirasi kepadanya “untuk membuat banyak muzik baharu, beberapa daripadanya akan saya kongsikan tidak lama lagi.”

Kenyataan penuh T.O.P dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut:

Mengenai pembatalan projek dearMoon:

Seperti yang anda mungkin pernah dengar, projek ‘dearMoon’ malangnya telah dibatalkan.

Namun, saya amat berterima kasih kepada Encik Yusaku Maezawa yang telah mencipta konsep projek ‘dearMoon’.

Dia memilih dan mengumpulkan artis hebat dari seluruh dunia untuk memulakan misi mengembara ke bulan dan mencipta karya seni yang diilhamkan oleh perjalanan ini. Ini adalah projek seni terhebat dan terindah untuk pembangunan manusia yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa pun di dunia ini, dan keberanian untuk melaksanakan misi ini benar-benar luar biasa untuk disaksikan.

Impian saya belum berakhir.

Terpilih sebagai ahli krew ‘dearMoon’ adalah satu penghormatan terbesar dalam hidup saya. Hati saya dipenuhi  dengan rasa syukur atas pengalaman yang saya perolehi dan persahabatan yang saya jalinkan sepanjang proses ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yakni sejak menyertai ‘dearMoon’, saya rasa badan dan jiwa saya telah mewujudkan hubungan yang mendalam dan langsung dengan bulan. Imaginasi saya telah berkembang ke tempat yang tidak pernah saya jangkakan disaat saya bersedia untuk menerokai bulan.

Sebagai artis Korea, pengalaman ini memberi impak yang mendalam dalam hidup saya dan muzik yang saya cipta. Tubuh dan jiwa saya yang disambungkan ke bulan dan angkasa telah memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta banyak muzik baharu, sebahagian daripadanya akan saya kongsikan tidak lama lagi. Meneroka bulan telah dan akan terus menyuburkan jiwa saya dan mengisi saya dengan makna dan inspirasi selama-lamanya.

Misi ‘dearMoon’ mejadikan impian saya untuk ke angkasa lepas, sesuatu yang kelihatan sangat mustahil, tetapi merasakan ia tidak mustahil buat kali pertama. Pengalaman yang tidak ternilai ini telah mengubah hidup dan perspektif saya selama-lamanya. Impian saya untuk mengambara ke bulan belum berakhir. Ini telah menjadi matlamat utama dan terbesar dalam hidup saya, cabaran rasmi, dan misi utama hidup saya.

Saya rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap semua orang yang telah menyokong dan beri galakan kepada  saya sepanjang proses ini untuk membuat mereka bangga.

Saya tidak akan pernah berputus asa dengan impian saya, dan saya akan terus mengejar pengembaraan baru yang mencabar saya. Ini untuk semua orang yang berjuang dengan cinta.

Hidup ini sangat indah bagi anda yang percaya bahawa segala-galanya mungkin.

_

2 Jun 2024

TOP
Choi Seung Hyun

Sumber : 1

loading...