Diketuai oleh Shin Ha Kyun untuk bersihkan gejala rasuah, drama terbaru tvN “The Auditors” kongsi poster terbaru

Drama tvN akan datang “The Auditors” telah mengeluarkan poster pertamanya!

“The Auditors” mengisahkan tentang ketua pasukan audit yang rasional, Shin Cha Il (Shin Ha Kyun) dan pekerja baharu yang penuh emosi, Gu Han Soo (Lee Jung Ha), yang bekerja bersama di JU Construction, di mana rasuah berleluasa.

Poster yang baru dikeluarkan ini menyerlahkan item penting yang digunakan oleh pasukan audit iaitu kotak bertutup, yang kandungannya di dalamnya disembunyikan. Kelihatan Shin Cha Il, memegang kotak audit yang penuh dengan fail sambil tersenyum penuh yakin. Kapsyen pada poster itu berbunyi, “Julai ini, saya datang bekerja untuk menangkap semua tikus.”

Di dalam kotak itu mengandungi pelbagai bukti pelbagai rasuah, penyelewengan dan perbuatan menyalahi undang-undang, Perkara ini pastinya menimbulkan rasa ingin tahu tentang apa yang berlaku dalam syarikat dan apakah kesan kotak tersebut. Seperti yang digambarkan dalam poster, drama ini akan mengikuti aksi berani pasukan audit yang menyelam ke dalam kegelapan untuk mengejar penjenayah dan membina sebuah syarikat yang bereputasi.

‘The Auditors’ merupakan drama yang bertujuan untuk menghukum mereka yang mengkhianati kepercayaan orang lain dan mengganggu masyarakat, seperti penyelewengan dan rasuah. Kami berjanji untuk menunjukkan bagaimana pasukan audit ini menghukum penjenayah yang menjejaskan kepercayaan syarikat dan pekerja, dan membawa keadilan untuk kepuasan penonton.

– Pasukan produksi

“The Auditors” akan ditayangkan di tvN pada bulan Julai ini.

Sumber : 1

loading...