Kim Sae Ron mohon maaf kerana memandu mabuk dan undur diri dari drama terbaru SBS

Rentetan peristiwa Kim Sae Ron yang memandu di bawah pengaruh alkohol, pelakon itu menyatakan permohonan maaf melalui agensinya.

Pada 19 Mei, agensi Kim Sae Ron GOLDMEDALIST Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello. Ini adalah GOLDMEDALIST Entertainment.

Pertama, kami memohon maaf atas kelewatan dalam mengeluarkan kenyataan rasmi kerana ia mengambil masa untuk mengesahkan fakta.

Kami memohon maaf kerana telah menimbulkan kebimbangan dengan kemalangan yang berlaku akibat  pemanduan dalam keadaan mabuk oleh pelakon agensi kami Kim Sae Ron.

Kim Sae Ron kini bermuhasabah diri tentang apa yang telah berlaku. Selain itu, Kim Sae Ron dengan tulus ikhlas menyampaikan permohonan maafnya kepada ramai orang yang berdepan kerosakan dan merasa ketidakselesaan akibat tindakannya serta semua pihak yang bekerja keras untuk membaiki struktur awam yang rosak. Dia telah berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk memulihkan kerosakan.

Kim Sae Ron telah dihantar pulang selepas ujian darah semalam (18 Mei), dan dia akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis.

Agensi juga berasa bertanggungjawab terhadap kemalangan baru-baru ini. Kami sekali lagi memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan peristiwa tersebut. Kami berjanji untuk melibatkan diri secara aktif dengan orang ramai dan melakukan usaha terbaik kami untuk menyelesaikan masalah tepat pada masanya. Kami juga akan melakukan yang terbaik dalam menjaga artis kami agar perkara sebegini tidak berulang.

Dalam pada itu, Kim Sae Ron juga akan berundur daripada drama SBS yang akan datang “Trolley” (tajuk literal). Sumber dari Studio S menyatakan, “Agensi Kim Sae Ron menyatakan hasratnya untuk berundur bersama-sama dengan permohonan maaf, jadi kami menerima [permintaan itu].”

Terdahulu pada 18 Mei, Kim Sae Ron telah ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk oleh Balai Polis Gangnam Seoul. Agensinya menyatakan bahawa dia telah mengambil ujian darah, dan keputusannya akan diketahui dalam masa dua minggu. Sumber dari siri Netflix yang akan datang “Hunting Dogs” (tajuk literal) juga mengulas bahawa mereka akan melaraskan semula jadual penggambaran dan membuat pengumuman selepas perbincangan menyeluruh.

Sumber : Naver | tvreport

loading...