Dari bilik bedah ke mahkamah, “Doctor Lawyer” akan mula tayang di Disney+ Hotstar 3 Jun depan

Disney+ Hotstar mempersembahkan drama Korea terbaharu bertajuk “Doctor Lawyer”. Drama ini mengisahkan seorang pakar bedah terkenal Korea yang dipenjarakan dan terpaksa kehilangan lesen praktiknya yang akan membawa kepada kematian mengejut salah seorang pesakitnya. Insiden itu memaksanya keluar dari bilik bedah, menukar profesion ke bilik mahkamah untuk membela orang yang mengalami nasib yang serupa, sambil mendedahkan kebenaran di sebalik tuduhan yang dihadapinya. Siri “Doctor Lawyer” akan disiarkan secara langsung di Disney+ Hotstar mulai 3 Jun 2022.

Bagi Han Yi-han, bekas pakar bedah terkenal, menyelamatkan nyawa pesakit adalah perkara paling penting baginya. Yi-han ialah graduan terbaik dan doktor termuda di negaranya yang memegang dua ijazah pakar. Dia dikenali sebagai doktor yang menyelamatkan nyawa orang penting di bandarnya dan sedang dalam proses untuk menjadi ketua pakar bedah. Bagaimanapun, segala perancangannya gagal serta-merta kerana didakwa bertanggungjawab atas kematian salah seorang pesakitnya, sehingga lesen praktiknya ditarik balik. Peristiwa ini membuatkan Yi-Han membuat keputusan untuk meninggalkan dunia perubatan dan bertukar profesion menjadi peguam yang membela kes doktor atas tuduhan yang sama, di mana dia perlu berjumpa dengan pendakwa raya yang juga bekas tunangnya, Geum Seo-kyeong.

Dibintangi oleh So Jisub (The Master’s Sun, Ghost, I’m Sorry, I Love You) sebagai pakar bedah terkenal yang menjadi peguam bela kes penyelewengan perubatan, Han Yi-han; Lim Soohyang (New Tales of Gisaeng, My ID is Gangnam Beauty) sebagai ketua pendakwa Bahagian Jenayah Perubatan, Geum Seo-kyoung; dan Shin Sungrok (Kairos, Vagabond) sebagai Lee Jayden, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Banseok. “Doctor Lawyer” ditulis oleh Jang Hongchul (Class of Lies) dan diarahkan oleh Lee Yongsuk (Haechi, The Village Archiara’s Secret, The Great Seer).

“Doctor Lawyer” akan menambah deretan kandungan khas istimewa yang tersedia di Disney+ Hotstar. Selain itu, penggemar kandungan bahasa Korea juga dapat menikmati pelbagai drama Korea yang telah diriliskan terdahulu seperti Soundtrack #1, yang menceritakan cinta yang tidak terbalas di antara dua kawan rapat; Grid, sebuah siri misteri-thriller tentang seseorang yang dahulu pernah menyelamatkan manusia dan kini dikenalpasti sebagai rakan sejenayah kepada seorang pembunuh dan Rookie Cops; drama percintaan kampus yang mengikuti kehidupan sekumpulan pelajar baru di Akademi Polis Kebangsaan Korea.

Tidak ketinggalan drama sensasi Snowdrop yang dibintangi Jisoo BLACKPINK, yang membawakan kisah tragis seorang mahasiswi yang bertentangan dengan keluarga dan negaranya untuk menyelamatkan lelaki yang dia cintai dan pelbagai cerita menarik lain dari banyak negara.

Jadi, jangan lupa untuk melanggan Disney+ Hotstar untuk mendapatkan drama-drama Korea yang terbaik. Memang tak rugi sebab korang boleh strim drama kegemaran korang sama waktu dengan tayangan di Korea!

loading...