“Macam putera kacak yang datang dari negara Parsi” – Gambar Taehyung BTS memakai beret kembali tertular

Taehyung BTS memang tampak segak apabila mengenakan apa jenis aksesori pakaian,lebih-lebih lagi aksesori itu ialah beret.

Baru-baru ini, di dalam laman komuniti forum Pann Nate, peminat berkongsikan gambar-gambar Taehyung memakai beret, sebuah topi berbentuk bulat dan leper yang diperbuat daripada sejenis kain tertentu. Beret merupakan aksesori kegemaran Taehyung sejak mula bergelar penyanyi idol.

Gambar-gambar tersebut kemudiannya tertular hingga menjana ratusan komentar di ruang komuniti forum. Rata-rata memuji dan segelintir daripadanya membandingkan Taehyung dengan putera kacak dari negara Parsi.

Taehyung kini sudah pun sembuh daripada penyakit Covid-19 yang dialaminya tempoh hari dan dijangka akan beraksi bersama BTS di pentas konsert jelajah Seoul pada 10 Mac 2022 ini.

Sumber: pann nate

loading...