Lu Han pertahankan kedaulatan China

Mantan ahli EXO, Lu Han telah menyatakan pada Ahad lepas 5 Sepember 2021, bahawa dia akan memutuskan hubungan dengan jenama jam tangan mewah antarabangsa dari Switzerland iaitu Audermars Piguet setelah CEO jenama tersebut telah menyebut Taiwan sebagai sebuah negara di dalam satu wawancara.

Lu Han adalah duta jenama tersebut sejak dari tahun 2018 telah mengesa jenama itu mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi kepada Kerajaan China dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Biarpun jenama tersebut telah mengeluarkan permohonan maaf dan kesal di atas kesilapan mereka, Lu Han tetap mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan beliau dengan jenama terbabit.

Lu Han menyatakan bahawa intergriti negara adalah sangat penting dan beliau akan mempertahankan kedaulatan negara dan wilayah di bawah China.

Slogan “ONE CHINA” tidak pernah mengakui tanah di bawah jajahan Kerajaan China untuk memerintah wilayah mereka sendiri seperti Taiwan, Hong Kong dan Macau. Dan rakyat yang menyokong pemisahan wilayah akan dianggap pengkhianat.

loading...