BTS Dilantik Sebagai Utusan Khas Presiden Moon Jae In ke Persidangan PBB ke-75 Pada September 2021

Blue House mengumumkan pada 21 Julai 2021, bahawa Presiden Moon Jae-in telah bersetuju untuk melantik BTS sebagai utusan khas Presiden untuk pertumbuhan budaya dan generasi akan datang.

Sebagai utusan khas, BTS akan menghadiri persidangan antarabangsa utama seperti Perhimpunan Agung PBB ke-75 yang akan diadakan pada bulan September depan untuk menyampaikan mesej keselesaan dan harapan kepada generasi muda diseluruh dunia. Disamping itu, pelbagai aktiviti akan dilakukan bagi mempromosikan kerjasama antarabangsa untuk menyelesaikan cabaran global seperti persekitaran, kemiskinan dan peningkatan ketidaksamaan, dan menghormati kepelbagaian.

Jurucakap Blue House, Park Kyung-mi berkata, “Mesej yang menyenangkan di dalam lirik ‘PREMISSION TO DANCE’, yang mempertontonkan gerakan bahasa isyarat dalam koreografi, dan pesanan hidup bersama dengan aman dan harmoni dari pelbagai kaum adalah kehendak Republik Korea untuk mengatasi krisis COVID-19 melalui perpaduan serta kerjasama yang dipertingkatkan diperingkat global. Pelantikan utusan khas ini adalah bertepatan dan lebih bermakna kerana BTS telah menyebarkan harapan dan tenaga positif kepada ramai orang di seluruh dunia yang keletihan disebabkan pandemik COVID-19 yang berpanjangan.

Langkah itu juga akan berfungsi sebagai lanjutan daripada diplomasi awam Presiden Moon, “usaha sama dengan mereka yang profesional dalam bidang budaya sivik di pentas dunia, sekaligus meningkatkan imej Korea Selatan sebagai sebuah negara yang mendahului dalam isu-isu global.”

Lagu ‘PERMISSION TO DANCE’ adalah lagu ketiga BTS yang sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris ini ditulis oleh penyanyi Ed Sheeran yang juga bekerjasama dengan Steve Mac, Johnny McDaid dan Jenna Andrews, yang sebelumnya juga terlibat dalam lagu “Dynamite” dan “Butter”. Terbaru, lagu “PERMISSION TO DANCE” yang penuh bertenaga ini telah mengoncang dunia apabila ia menyebarkan pesan cinta serta harapan kepada semua melalui koreografi yang penuh bermakna.

Tidak sekadar menari, BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook turut menggunakan bahasa isyarat antarabangsa yang membawa erti ‘menyenangkan’, ‘menari’, serta ‘kedamaian’. Bahkan, belon berwarna ungu dalam muzik video tersebut menjadi penanda berakhirnya COVID-19 apabila melihat mereka menunjuk pada balon ungu yang melayang di langit. Kemudian pada akhir video, mereka menanggalkan penutup muka menandakan dunia bebas dari wabak COVID-19.

Dengan menyampaikan mesej yang begitu dekat dengan situasi semasa dan membawakan mesej yang begitu positif,  ‘PERMISSION TO DANCE’  berjaya memecahkan rekod nombor satu mengatasi lagu ‘BUTTER’ dicarta-carta muzik antarabangsa malah lagu ini juga kini menjuarai carta muzik di Jepun.

Diharapkan dengan pembentangan isu-isu global terkemuka negara akan dapat dipertingkatkan dengan pelantikan BTS agar ianya dapat memberikan keselesaan dan menyebarkan gelombang tenaga positif ke pentas dunia sebagai utusan khas tersebut.

Big Hit Music berkata, “Sebagai utusan khas, BTS merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti persidangan antarabangsa utama. Kami akan memaklumkan perkembangan selanjutnya kemudian apabila ianya telah disahkan. “

Sumber : Naver

loading...