So Ji Sub akan kembali dengan drama terbaru MBC “Dr. Lawyer”

Nampaknya, Abang So Ji Sub kita dah bersedia untuk kembali membintangi drama terbarunya.

Menurut laporan media pada 5 Julai, MBC telah mengesahkan drama bersiri yang akan datang ‘Dr.Lawyer’ akan ditayang pada separuh pertama 2022 dan So Ji Sub akan membawakan watak utama dalam drama tersebut. Terdahulu, media melaporkan bahawa So Ji Sub ditawarkan untuk membawa watak Han Yi Han. Perkara ini juga telah dikongsi oleh agensi So Ji Sub 51K, menerusi akaun Instagram mereka.

‘Dr.Lawyer’ mengisahkan kisah pakar bedah perubatan genius Han Yi Han yang, setelah kehilangan segalanya kerana insiden manipulasi yang tidak diketahui untuk pembedahannya, kembali sebagai peguam perubatan. Akibat dari pembedahan itu Doktor Yo Han dan seorang pendakwa dari Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan satu-satunya ahli keluarga dan kekasih mereka. Setelah itu, mereka bekerjasama untuk menghukum mereka yang percaya bahawa pentingnya kehidupan seseorang dapat dinilai berdasarkan kekayaan dan kekuatan mereka serta membantu mangsa-mangsa yang telah dianiaya.

Han Yi Han adalah pakar bedah genius ‘double-board’ yang lulus dari sekolah perubatan terbaik di Korea dan mempunyai dua kepakaran: pembedahan umum dan pembedahan toraks. Dia adalah seorang doktor pakar bedah dengan jolokan ‘monster swordsman’ kerana kemahirannya yang sangat hebat. Namun dalam satu insiden pembedahan, pesakit itu meninggal dalam operasi yang menurutnya telah berjaya, dan mengakibatkan dia hilang kelayakan menjadi doktor. Selepas itu, Han Yi-han berubah menjadi peguam yang pakar dalam proses pengadilan perubatan dan mencari kebenaran mengenai kes misteri yang mengelilinginya 4 tahun yang lalu.

MBC turut menyatakan, “‘Dr. Lawyer’ diharapkan menjadi drama yang menyegarkan penonton kerana ia menggabungkan drama perubatan dan undang-undang.” Drama ini akan dinukil oleh Jang Hong Chul (OCN “Class of Lies)

Sejak drama terakhirnya ‘My Secret, Terrius’ pada tahun 2018, ‘Dr. Lawyer’ akan menjadi penanda kepulangan So Ji Sub ke dunia skrin kecil. Buat pengetahuan, So Ji Sub telah merangkul anugerah Daesang di 2018 MBC Drama Awards atas kehebatan lakonannya menerusi “My Secret Terrius” . Buat peminat So Ji Sub, sama-sama kita nantikan pelakon kegemaran ramai ini beraksi dalam drama terbarunya.

Sumber : (1) | (2)

loading...