Kim Woo Bin ditawarkan untuk membintangi drama terbaru selepas kembali aktif

Kim Woo Bin mungkin kembali ke layar kecil dengan drama baru yang menarik!

Pada 2 Julai, AM Entertainment secara rasmi mengumumkan, “Kim Woo Bin telah ditawarkan peranan dalam drama terbaru Netflix ‘Delivery Knight’ [judul kerja], dan dia sedang dalam mempertimbangkan akan tawaran tersebut.”

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Delivery Knight” akan menceritakan tentang kisah masa depan dystopian di mana pencemaran menjadi sangat teruk sehingga satu-satunya cara untuk bertahan hidup adalah dengan menggunakan layanan pengantaran.

Kim Woo Bin dikatakan telah ditawarkan peranan sebagai penghantar legenda 5-8. (Tiada lagi maklumat lanjut mengenai drama ini dikongsikan.)

Setelah berehat dua tahun kerana mendapatkan rawatan kanser hidungnya, Kim Woo Bin kembali ke industri dalam keadaan sihat pada tahun 2019. Aktor ini baru sahaja menyelesaikan penggambaran untuk filemnya yang akan datang “Alien”, dan dia juga kini dalam perbincangan untuk membintangi drama baru arahan sutradara No Hee Kyung “Our Blues”.

Adakah anda teruja melihat Kim Woo Bin kembali ke skrin kecil anda?

Sumber : ( 1 )

loading...