Kibum (Key) SHINEE buat netizen teriak selepas sengaja tercungap-cungap di atas pentas

May be an image of 1 person

Persembahan khas ‘Heart Attack’ nyanyian SHINEE di M Countdown pada 25 Feb 2021 tampaknya meninggalkan kesan menakjubkan buat peminat Kim Kibum (Key).

Key tidak menghentikan aksi di atas pentas selepas selesai menyanyikan lagu. Sebaliknya, beliau sengaja ‘buat-buat’ tercungap-cungap apabila kamera ditujukan ke arahnya bertepatan dengan maksud lagu tersebut yang akan menyebabkan ‘serangan jantung’ buat peminatnya.

Aksi Key tersebut mendapat reaksi positif daripada para peminat yang rata-ratanya menghargai ‘fan service’ yang diberikan. Tidak cukup dengan itu, Key juga berkongsikan petikan video tersebut di dalam laman instagramnya sambil berkata, “Pengakhiran dengan pari-pari”, mengundang tawa netizen dengannya.

Selain ‘Heart Attack’ , SHINEE juga bertanding di M Countdown dengan lagu terbaru, ‘Dont Call Me’ sempena meraikan kepulangan semula tiga orang ahli SHINE : Onew, Key dan Minho selepas mereka selesai berkhidmat dengan ketenteraan.

Sumber: instagram

loading...