Dihalang untuk bergerak solo di Korea di bawah JYP, Jackson Wang GOT7 kini lega sudah bebas sepenuhnya

May be an image of 1 person

Jackson Wang mendedahkan bahawa beliau ditegah untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti solonya di Korea sewaktu berada di bawah kontrak bersama JYP Ent. menerusi temubual ‘GE REAL’ anjuran DIVE Studio hari ini.

Jackson Wang kini merancang untuk kembali semula ke Korea bagi mempromosikan aktiviti solonya di sana sejurus selepas menyimpulkan kontraknya bersama JYP Ent. “Aku tengah bekerja di Korea sekarang selepas masing-masing sudah menamatkan kontrak dengan JYP Ent. Tapi kami tetap GOT7 dan akan keluarkan juga lagu. Cuma tahun ini, semua orang sudah punyai perancangan mereka sendiri,” kata Jackson Wang yang turut mengumumkan perancangannya dengan ahli-ahli GOT7 sedia ada.

Mendedahkan sebilangan ahli GOT7 yang lain juga mempunyai perancangan untuk mengeluarkan album solo mereka, Jackson Wang berkata, “JB (Jaebom), Yugteom dan Youngjae juga sedang menyiapkan album solo mereka. Aku pula buat dua album berbahasa Inggeris dan Mandarin.”

Dalam pada itu, Jackson Wang mengaku sepanjang melakukan aktiviti solo di bawah JYP Ent. sejak berusia 23 tahun, beliau ditegah untuk mempromosinya di Korea. “Aku boleh promosi di mana-mana saja kecuali di Korea. Itu rundingan aku buat dengan JYP dahulu. Dengan habisnya kontrak itu, aku cuba untuk bawa kesemuanya kembali kepada asal,” katanya.

Setiap ahli GOT7 telah menamatkan kontrak bersama dengan JYP Ent. setelah tujuh tahun dan mereka tidak berniat untuk membubarkan kumpulan itu.

Sumber: N/A

loading...