Akibat terlebih rajin, abang-abang BTS arahkan Jungkook coretkan gambar mereka juga untuk hari jadi mereka nanti

May be an image of 7 people

Jungkook menunjukkan kemahiran seni melukisnya di hadapan netizen semalam apabila beliau melorekkan sendiri potret berupakan Jhope sempena hari jadi JHope, abang kesayangannya itu.

Namun, niat baiknya itu tampaknya bakal mendatangkan ‘masalah’ buat dirinya kelak. Di dalam sesi VLive yang berlangsung sebentar tadi, Jungkook diminta oleh abang-abang BTS yang lain untuk melukiskan mereka juga sebuah potret sempena hari jadi mereka masing-masing.

“Tapi, itu sudah lebih,” kata Nam Joon yang mungkin merasakan Jungkook terbeban tetapi tidak lokek untuk tersenyum sekali.

“Aku hanya mahu Jungkook tunaikan satu permintaan saja,” sampuk Jimin pula.

“Aku akan buat tapi dengan satu syarat, aku akan pilih apa saja gambar untuk dilukis. Nah untuk abang,” kata Jungkook pula sambil menunjukkan satu gambar Jimin kepada ahli-ahli BTS lain. “Wah cantikkah aku ni?”, tanya Seok Jin pula.

“Ini gambar lama,” kata Jimin sambil tergelak menatap gambar wajahnya yang tetap awet muda. “Lepas ini bawa gambar yang lain pula,” kata Seok Jin.

BTS akan membuat persembahan lagu ‘Life Goes On’ di MTV Unplugged’ pada 23 Februari 2021 nanti. Persembahan ini boleh ditonton di cenel Astro 720 bermula jam 10 pagi waktu Malaysia.

Sumber: VLive, Billboard

loading...