Laman instagram Taeyong NCT yang baru dibuka diserbu ratusan ribu peminat kpop

May be an image of 1 person and text

Laman instagram Taeyong NCT yang baru dibuka hari ini, 18 Feb 2021 telah diserbu oleh ratusan ribu peminat sebaik saja diseru sewaktu sesi VLive bersama Taeyong NCT lewat petang tadi.

Bagi menghadiahkan sesuatu buat pengikut instagram-nya, Taehyong menghidangkan video tarian yang penuh mengasyikkan dengan berlatarbelakangkan gurun sebagai hantaran pertamanya di instagram. Hasilnya, laman instagram itu kini telah menarik lebih 500 ribu orang peminat selepas sejam memaklumkannya menerusi VLive.

Taeyong di dalam sesi VLive sebentar tadi menyanyikan lagu ‘Swimming Pool’ dan video itu telah menjana tontonan lebih 4 juta orang dalam satu masa.

Selain Taeyong, beberapa ahli NCT turut membuka laman instagram mereka tersendiri termasuklah Mark Lee, Jaehyun, Johnny, Ten, WinWin, YangYang, Hendery, XiaoJun, Lucas, Kun, Yuta, Jaemin, dan Doyoung.

Sumber: instagram

loading...