“Aku teringin sangat nak berkahwin” – Cha Eun Woo sebak menyaksikan begitu nikmatnya berumahtangga

May be an image of 2 people and text

Cha Eun Woo, pelakon utama drama tvN True Beauty ini, tidak dapat menahan sebak kerana terharu melihat kebahagian yang dikecapi oleh keluarga dengan anak ramai.

Dalam episod terkini SBS Master in the House yang bakal ditayangkan tak lama lagi,  Lee Seung Gi membawa Cha Eun Woo sebagai artis undangan untuk mempelajari selok-belok perkahwinan daripada keluarga yang memiliki anak yang ramai. Cha Eun Woo diminta untuk mengemukakan kad undangan perkahwinan sendiri.

“Inikah pasangan aku?,” tanya Cha Eun Woo. “Korang ni betul ke nak suruh kitaorang berkahwin? “, tanya Lee Seung Gi kepada krew lain secara berseloroh pula.

Kemudian, pelakon-pelakon SBS Master in the House itu dikunjungi oleh keluarga tersebut yang menceritakan tentang nikmat berkahwin. Lee Seung Gi tersentak lalu berkata, “(Oh pasangan ini) rupanya seorang yang berada di sisi kita.”

Cha Eun Woo pula tak tahan sebak sambil menangis. “Aku teringin sangat nak berkahwin,” mengaku Cha Eun Woo dengan jujur. Pelakon-pelakon lain dilihat cuba mententeramkan Cha Eun Woo.

Sebelum ini di dalam SBS Master in the House juga, Cha Eun Woo berkongsikan tentang pencapaian akademiknya sewaktu ditanya samada dia pernah mengikuti sesi pembelajaran yang normal di sekolah. “Aku pernah dapat no.3 secara keseluruhannya ketika di sekolah menengah,” katanya.

Sumber: sbs news

loading...