Sebuah kempen untuk menggalakkan penyertaan ke dalam khidmat ketenteraan sebelum usia maksimum dicapai telah diperhebatkan oleh dua orang selebriti ternama dari Korea iaitu Do Kyung Soo EXO dan Yook Sung Jae BTOB.
Kempen yang dinamakan sebagai ‘Proud Challenge’ itu dilancarkan oleh Youtube ‘Military Manpower Administration’ bagi menyebarkan kebaikan menyertai khidmat ketenteraan selain mesej penghargaan terhadap anak-anak muda yang akan menyertainya satu masa nanti serta buat mereka yang sudah pun menyelesaikan tuntutan kewajipan itu.
Do Kyung Soo berpangkat Sarjan di dalam Unit Infantri Mekanikal manakala Yook Sung Jae pula berpangkat Prebet di dalam bahagian kugiran ketenteraan Unit Sokongan Jabatan Pertahanan Negara. Masing-masing memilih untuk menyertai latihan ketenteraan lebih awal sebelum usia wajib mereka dicapai yakni pada usia 26 tahun dan 25 tahun.
“Pilihan berani dan latihan anak-anak muda itu adalah kekuatan untuk masa depan Korea,” kata Pesuruhjaya Mo Jong Hwa dalam melancarkan kempen tersebut bermula hari ini.
Sumber: yna