5 lagu kpop ini pecah rekod dunia tontonan tertinggi dalam sehari di Youtube & “Life Goes On” BTS bakal menyelit di tempat ke-5

BTS dijangka akan mencipta rekod MV terbanyak meraih tontonan tertinggi dalam sehari di Youtube dengan single “Life Goes On” yang sudah pun mencatatkan bilangan tontonan melebihi 67 juta orang apabila tempooh 24 jam dicapai pada jam 1.00 petang 21 November 2020.

Dengan melebihi 67 juta tontonan di dalam sehari, “Life Goes On” telah mengatasi pencapaian yang dibuat oleh MV “Me” nyanyian Taylor Swift bersama Brendon Urie, meletakkan single kedua daripada BTS di tangga kelima secara keseluruhan. Kini, lima lagu yang telah memecahkan rekod dunia tontonan tertinggi dalam sehari di Youtube didahului oleh “Dynamite” BTS dengan 101.1 juta. Kemudian, ianya disusuli dengan “How You Like That” oleh Blackpink iaitu sebanyak 86.3 juta, “Ice Cream” oleh Blackpink iaitu sebanyak 79.0 juta serta “Boy With Luv” oleh BTS iaitu sebanyak 74.6 juta.

Baca lagi: BTS kembali mendunia dengan “comeback” terbaru; sasar tercalon & seterusnya menang Grammy Awards

Lagu “Life Goes On” yang dilancarkan sekali bersama album “BE”, boleh didapati di pasaran sejak 20 November 2020 semalam.

Sumber: Youtube

loading...