Gong Yoo dapat rasakan anaknya dengan Yoo Eun Hye di dalam ‘Coffee Prince’ sudah 3 orang sekarang

Gong Yoo membayangkan keadaan yang terjadi sekarang kepada MBC Coffee Prince.

Dalam temubual bersama Youtuber ‘Civilization Express’, Gong Yoo sempat menceritakan tentang drama MBC Coffee Prince yang memperkenalkan dirinya sebagai pelakon ternama di Korea.

” (Choi Han Kyul dan Go Eun Chan) mungkin ada 3 anak dah sekarang. Aku dapat rasakan,” kata Gong Yoo yang mengesahkan perkahwinan Choi Han Kyul dan Go Eun Chan tetap berkekalan sehingga sekarang.

Ditanya sama ada mereka akan tinggal di cafe, tempat mereka selalu membancuh kopi, pemenang Best Actor CARI Kdrama Awards dan juga Baeksang Awards menerusi lakonannya di dalam tvN Goblin itu berkata, “Aku rasa aku (Han Kyul) tidak akan duduk di cafe itu, sebaliknya akan berpindah ke subbandar. Takkan aku tak nak bermain dengan anak-anak di dalam rumah dengan dikelilingi kebun dan ladang?.”

MBC Coffee Prince merupakan sebuah drama korea yang menjenamakan ‘hallyu’ di serata Asia bermula 2000-an. Drama ini memperolehi “ratings” yang sangat tinggi di Korea di samping lakonan Yoo Eun Hye sebagai tomboi mendapat pujian yang menggunung sehingga meraih anugerah Best Actress di Baeksang Art Awards, menjadikannya pemenang Best Actress Drama termuda ketika itu. Editor Kmania juga meletakkan drama ini antara yang terbaik pernah dihasilkan.

MBC Coffee Prince boleh ditonton di Malaysia menerusi Netflix.

Sumber: money today

loading...