Sememangnya ramai sudah mengetahui Jisoo Blackpink dan Jung Hae In sudah pun menyatakan persetujuan berlakon di dalam drama jtbc terbaru berjudul ‘Snowdrop’.
jtbc ‘Snowdrop’ diadaptasikan daripada kisah memoir seorang pelarian dari Korea Utara yang mencerobohi asrama perempuan universiti terkemuka di Korea Selatan untuk melindungi dirinya sendiri. Pada 1987, suatu letusan kecil berlaku di dalam asmara perempuan yang didiami oleh Eun Yong Cho (Jisoo Blackpink) dan Kye Boon Ok (Kim Hye Yoon) dengan gas pemedih mata dihemburkan sebelum seorang lelaki berlumuran darah, Im Soo-Ho (Jung Hae In), muncul keluar daripadanya. Kesemua pelajar perempuan Universiti Enwa pada masa itu menyangka dia seorang pelajar atlet sukan. Im Soo-Ho dikatakan berketurunan pahlawan Ildang-Baik dan merupakan bekas perisik yang pernah menjalani latihan keras di Korea Utara itu kemudiannya jatuh cinta dengan wanita yang menyelamatkannya dan dalam masa yang sama dia perlu melaksanakan misi tanah air yang ditugaskan ke atasnya.
Menariknya, pelakon kacak Jung Hae In yang dipasangkan dengan penyanyi idol yang cantik, Jisoo menjadikan pemilihan pasangan drama ini adalah sesuatu yang agak ideal seterusnya menjadikan naskah ini sangat ditunggu-tunggu peminat.
1.Drama pertama Jisoo Blackpink sebagai heroin
Pada mulanya, tawaran watak diberikan kepada Kim Ji Soo atau dikenali sebagai Jisoo ini hanya sekadar heroin kedua sebelum ditukarkan kepada watak ‘heroin’ utama yang mempunyai hubungan romantik dengan watak lakonan Jung Hae In. Jisoo, yakni penyanyi kumpulan kpop popular di serantau dunia, Blackpink, hanya muncul sebagai cameo saja di dalam tvN Arthadal Chronicles dan KBS Producers, namun mendapat kepercayaan penuh daripada pihak produksi untuk menjayakan watak utama.
2.Diterajui oleh gandingan duo pengarah & penulis skrip JTBC Sky Castle
Sudah pasti yang membuatkan penonton kdrama tidak sabar menantinya adalah kerana penglibatan daripada PD Jo Hyun Tak dan penulis skrip kegemarannya, Yoo Hyun Mi yang mana pernah bergandingan sama untuk drama Sky Castle sebelum ini. Hasil kerja mereka telah menyebabkan jtbc Sky Castle diiktiraf sebagai antara drama paling popular pada tahun 2019.
3. Bercirikan ‘thriller’ dengan saduran romantik komedi
Jika dilihat pada sinopsisnya, drama ini berbentuk ‘suspen’ dengan saduran romantik komedi tapi mungkin diolahkan dalam bentuk satira seperti pernah dilakukan di dalam Sky Castle. Garapan berhasil dibuat terhadap kesemua watak termasuklah watak pembantu bakal menjadikan drama ini naskhah yang ditunggu-tunggu sejak drama berkonsepkan kekeluargaan seperti tvN Reply 1988, tvN Prison Playbook dan tvN/Netflix Hospital Playlist.
Berikut ialah sedikit maklumat tentang watak lakonan mereka:
(a) Im Soo Ho – seorang pelajar universiti dengan latar belakang yang misteri. Soo Ho berketurunan asli Korea dengan wajah kacak sempurna selain mempunyai senyuman sebagai pelaris.
(b) Eun Young Cho – seorang pelajar tahun pertama Jabatan Bahasa Inggeris Universiti Enwa. Young Cho digelar sebagai ‘pengubah mood’ kerana mampu menceriakan rakan asramanya.
(c) Lee Kang Moo (Jang Seung Jo) – seorang detektif kacak di dalam kumpulan penyiasat pertama. Kang Moo berpegang teguh pada prinsipnya dan tidak mudah untuk beralih.
(d) Kye Boon Ok – seorang operator telefon yang terpaksa meluatkan hasrat menjadi pelajar universiti kerana ketandusan duit. Boon Ok duduk di dalam asrama didiami oleh Young Cho.
(e) Seung Hee (Yoon Seung Hoo) – pengarah asmara perempuan di Universiti Enwa yang mampu membuatkan pelajar ketakutan kerana ketegasannya.
(f) Jang Hanna (Jung Yu Jin) – bertindak sebagai agen yang membantu Lee Kang Moo menyiasat kejadian aneh di Universiti Enwa. Hanna seorang yang bermulut tempayan dan mudah jadi pemarah.
Sumber: newsis