Takuwa kongsi pengalaman buat pembedahan plastik sampai berbalut-balut muka

Image may contain: 3 people, text and closeup

Takuwa, penyanyi rap yang dikenali menerusi rancangan ‘Show Me The Money 5’, baru-baru ini mendapat perhatian selepas dia berkongsikan pengalaman mengenakan pembedahan plastik (“Oplas”) menerusi laman Youtube kelolaannya.

 

Takuwa turut menunjukkan kesan rawatan pengubahsuaian dibuat ke atas hidung dan pipinya selepas pembedahan tersebut.

“Sedang ubahsuai V-Log,” katanya di laman instagram pada 11 Jun 2020 sambil meletakkan gambarnya tidak berbaju bersama penyanyi rap Queen Wassabi. Kelihatan wajahnya telah elok semula dengan tiada lagi kesan balut.

“Hanya dua minggu saja, tetapi dah nampak baru macam sebelum saya buat pembedahan plastik,” katanya lagi. Takuwa akan bergandingan bersama Queen Wasabbi untuk menumpaskan Ravi Vixx di dalam pertandingan Mnet ‘Good Girl’.

Baca lagi : Kenapa artis korea & pembedahan plastik (“Oplas”) saling berkait & berpisah tiada?

Sumber: imbc