Nampaknya, Joohoney MONSTA X akan berehat seketika daripada aktiviti seni dan berkumpulan. Pada 12 Januari, agensinya Starship Entertainment telah mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara tersebut. Kenyataannya adalah seperti berikut :
Hello. Ini Starship Entertainment.
Pengumuman ini dibuat berhubung dengan kesihatan salah seorang anggota MONSTA X iaitu Joohoney.
Baru-baru ini Joohoney telah menunjukkan simptom-simptom kebimbangan (anxiety) dan telah mendapat pemeriksaan (secara menyeluruh) serta rawatan dibeberapa institusi perubatan profesional untuk diagnosis yang tepat. Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa akibat simptom cemas (anxiety), rehat dan kestabilan yang mencukupi adalah penting untuk Joohoney bagi proses pemulihan sepenuhnya.
Kami telah mengadakan perbincangan bersama Joohoney dan ahli-ahli MONSTA X. Kami juga sepakat ambil keputusan untuk fokus tentang proses pemulihan kesihatan Joohoney dengan mendapatkan rawatan serta kestabilan yang berterusan.
Kami mohon pemahaman para peminat sekalian, kerana kami memutuskan untuk merehatkan sementara aktiviti Joohoney untuk fokus tentang kesihatan artis kami. Kami berjanji untuk melakukan yang terbaik dan memberi sepenuhnya sokongan untuknya kembali pulih.
Keputusan Joohoney kembali ke bersama MONSTA X akan berdasarkan tahap pemulihan serta setelah mendapatkan nasihat konsuktasu daripada pakar professional.
Kami sangat memohon maaf kerana berita ini telah menyebabkan peminat MONSTA X berasa bimbang. Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk mengekalkan tahap kesihatan anggota MONSTA X
Terima kasih.
[#MONSTA_X]
몬스타엑스 주헌 관련 안내드립니다. pic.twitter.com/8BzC2jmo9l— 몬스타엑스_MONSTA X (@OfficialMonstaX) January 12, 2020
Semoga cepat sembuh Joohoney!
Foto dikreditkan seperti tertera