Perjuangan dalam ‘Queendom’ tak sia-sia, Mamamoo ketepikan Got7 raih jualan album terlaris di Korea minggu ini

Mamamoo membuktikan kemenangan di program realiti tv nyanyian, Queendom bukan sia-sia.

Mamamoo yang dianggotai oleh empat orang gadis-gadis cantik ini: Solar, Moon Byul, Whee In dan Hwasa, meraih jualan album terlaris di Korea, sekaligus meletakkannya di kedudukan no.1 di dalam carta album Gaon minggu ini. Album studio kedua mereka ini yang diberikan judul sebagai ‘Reality In Black’, berjaya mencatatkan jualan melebihi 70,000 unit meningkat daripada 38,000 unit yang dicapai menerusi album EP ‘White Nights’ sebelum ini, menurut data Hanteo. Ia turut merekodkan pencapaian terbaik Mamamoo sepanjang mereka berkarya menjadi salah satu kumpulan kpop ternama di Korea dewasa ini selepas TWICE, IZ*One dan Red Velvet. ‘Reality In Black’ mengandungi 11 lagu dengan Hip dijadikan sebagai single utama manakala Destiny pula pernah dipersembahkan ketika mereka menyertai pertandingan nyanyian, Queendom. Dengan pencapaian di kedudukan no.1 carta Gaon, Mamamoo turut mengenepikan juara carta Gaon minggu lepas, Got7, yang menurun ke tempat ke-2.

Sementara itu, single dendangan Noel, ‘Late Night’ berjaya merampas kejuaraan IU untuk menduduki no.1 di dalam carta digital Gaon minggu ini. Walaupun bersaing ketat dengan IU, MC Mong dan AKMU, kumpulan yang tertubuh sejak awal tahun 2000-an ini mampu menguasai carta-carta muzik seperti Soribada, Melon, Genie dan Bug Musics  ‘Late Night’ sejak dilancarkan pada 7 November yang lalu. Jeon Woo sung, Lee Sang Gon, Na Sung Ho dan Kang Kyun Sung dijangka akan menemui peminat mereka pada 21 hingga 22 Disember bertempat di COEX Auditorium, Seoul.

Sumber: IS Plus, gaon

loading...