Penuh dengan nada beremosi, Taemin Super M kongsi surat tulisan tangannya ketika berusia 9 tahun

Pada 4 November lalu, Lee Taemin daripada kumpulan Shinee dan sekarang aktif bersama Super M telah berkongsi surat tulisan tangannya beserta lukisan belon berbentuk hati di dalam Instagram. Surat itu ditulis oleh Taemin semasa dia masih belajar di sekolah rendah di korea. Kandungan surat tersebut adalah seperti berikut:

Kepada ibu dan ayah, 

Bila saya sudah dewasa nanti, saya akan belikan ibu dan ayah rumah yang bagus dan baju yang elok. Saya akan menjadi orang yang hebat dan melakukan apa sahaja untuk kamu berdua dan akan memenuhi segala apa yang kamu pinta. Saya tidak akan membuat kamu risau lagi dan menjadi orang yang baik serta menolong orang yang susah. Saya juga akan menjadi “taeminnie” yang membesar dengan berani dan sentiasa sihat. Ibu, ayah janganlah jatuh sakit. Jika ibu dan ayah jatuh sakit, saya akan cuba mengubati kalian. Bila saya kata saya akan buat, saya akan buat. 7 Mei 2002, Selasa.

Ternyata Taemin berjaya merealisasikan impiannya di dalam surat tersebut kerana di usia baru 19 tahun, dia telah membelikan sebuah rumah dan kereta untuk kedua-dua ibubapanya. Buat masa sekarang, Taemin sedang aktif bersama kumpulan Super M.

Sumber : naver, instagram

loading...