Gara-gara berita kemalangan Jungkook BTS, harga stok Mercedes Benz melambung naik tiba-tiba

Jungkook BTS dikenali di atas pengaruhnya dalam mengendorskan (“endorse”) jenama yang dipakainya, seterusnya menyebabkan jualan jenama produk itu menjadi laris dalam sekelip mata. Antaranya yang pernah dilaporkan sebelum ini termasuklah sabun pelembut kain Downy dan minuman arak Vigor Sanviogese.

Mercedes Benz juga tak ketinggalan dalam senarai pengendorsan Jungkook walaupun dalam bentuk yang bukan positif disebabkan Mercedes Benz yang dipandu oleh Jungkook telah merempuh sebuah teksi dengan kedua-dua orang dilaporkan tidak mengalami kecederaan teruk. Sejurus selepas nama ‘Mercedes Benz’ disebut-sebut dalam laporan media Korea, harga stok kenderaan tersebut melambung naik tiba-tiba daripada Euro $52.62 (~RM243) kepada Euro $54.18 (~RM250) yakni yang tertinggi pernah dicapai oleh syarikat pengeluarnya, Damiler AG itu sejak Mei 2019 yang lalu. Ironinya, BTS ialah duta tetap syarikat pengeluar kereta tempatan Korea, Hyundai dan merupakan pesaing kepada Mercedes Benz. Kata kunci ‘Mercedes Benz’ juga menjadi sohorkini di laman twitter Malaysia sebentar tadi.

Jungkook bergambar di sebelah Mercedes Benz seseorang pada tahun 2015,  dan akhirnya telah memiliki kenderaan jenama itu sendiri seperti dilaporkan hari ini.

Ini membuktikan apa-apa saja hal yang berkait dengan Jungkook pastinya akan memberikan kesan kepada jualan dan saham produk jenama tersebut.

Sumber: twitter

loading...