Kenapa artis korea & pembedahan plastik (“Oplas”) saling berkait & berpisah tiada?

Apa itu Oplas? Mudah sahaja. Oplas itu tidak lain tidak bukan membawa maksud kepada pembedahan plastik. Selebriti Korea sering kali di kaitkan dengan pembedahan plastik. Bahkan setiap kali keluar berita mengenai kecantikan artis Korea, akan wujud komen-komen sinis memanggil mereka plastik ataupun palsu.

Ada yang berpendapat bahawa budaya di Korea Selatan itu juga menggalakkan pembedahan plastik. Sejauh manakah kebenarannya? Menurut The Atlantic, 1 daripada 5 wanita Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Melakukan pembedahan plastik di lihat sebagai satu budaya konsumen yang telah di amalkan hampir 3 dekad. Bahkan wanita Korea dikatakan meletakkan kecantikan setaraf dengan kejayaan ekonomi dan profesional. Selain itu, mereka juga tegar untuk kelihatan putih berseri yang dikaitkan dengan peningkatan popularity Kpop. Dengan kata lain, dunia Kpop telah menghasilkan satu idea kecantikan yang hampir sama dengan idea kecantikan Barat tetapi memiliki ciri-ciri berbeza.

Isu kecantikan dan pembedahan plastik juga mewujudkan konflik dalam dunia hiburan Korea Selatan. Contohnya, Gong Hara juga dikatakan mengalami depresi di sebabkan beberapa faktor dan di antaranya adalah komen-komen netizen mengenai pembedahan plastik minor yang dijalankan oleh beliau.

Turut viral juga bagaimana seorang lelaki British menghabiskan £75,000 untuk kelihatan seperti Jimin BTS. Beliau mengakui telah menjalankan 4 “rhinoplasties”, membuang tisu-tisu lemak di dada dan juga membuat pembedahan kelopak mata untuk membuat mata beliau kelihatan seperti mata orang Korea. Mengorbankan 5 tahun untuk mendapatkan wajah idaman beliau. Menurut beliau, Jimin merupakan insan yang sempurna

.

Kebanyakan artis Korea yang menjalankan pembedahan plastik turut mengaku malah menjadi jurucakap kepada klinik ataupun hospital yang khusus. Sebagai contoh, Park Min Young dikatakan pernah membuat pembedahan “double eyelid” dan juga membaiki hidung beliau. Selain itu, Jesse juga dikatakan membuat pembedahan mata, hidung dan juga buah dada. Selain mereka juga, ramai lagi artis yang lebih terbuka dalam mengakui mereka pernah menjalani prosedur ini.

Bagi penulis, menonton dan meminati mereka tidak membuat penulis ingin melakukan sebarang perubahan. Namun, terdapat beberapa media luar negara malah di Korea Selatan sendiri, mengatakan ramai anak muda mula terpengaruh dan melakukan pembedahan plastik. Malah, ada setengah juga mendapat sokongan dari ibu bapa mereka. Tidak cukup lagi, wanita-wanita di sana di sogok dengan tahap piawaian kecantikan yang amat tinggi, lama kelamaan memang boleh menyumbang kepada masalah psikologi. Teringat pula penulis kepada drama lakonan My ID Is Gangnam Beauty pula. Penulis berharap kita terus matang apabila menerima budaya luar dan mampu menepis idea-idea negatif yang di bawa mereka. Tetapi tidak patut sekiranya kita merumuskan kesemua artis Korea itu melakukan pembedahan plastik. Penulis percaya ada yang bebas dari sebarang pembaikian. Malah, sama ada mereka mengubah atau tidak yang penting adalah bakat mereka yang patut kita hargai.

Sumber : The Atlantic ;NST : Naver ;Daily Mail UK; AsiaOne