Temuduga eksklusif : “Mereka kata Kim Hae-il hanya satu saja, Kim Nam-gil…HaHaHa” – Kim Nam Gil berseloroh tentang ‘responds’ penonton

Drama SBS The Fiery Priest akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. Pihak ONE TV Asia dengan sokongan media Kmania diberi peluang untuk menemubual pelakon Kim Nam Gil sendiri di atas persembahan lakonan yang mengujakan di dalam drama tersebut. Kami ucapkan tahniah buat Kim Nam Gil yang tercalon dalam kategori Best Actor 55th Baeksang Art Awards baru-baru ini. Buat pengetahuan anda semua , Kim Nam Gil dijangka akan mengunjungi negeri Sabah di bawah bayu pada minggu hadapan bersama-sama krew-krew drama.

Jadi, mari kita baca apa Kim Nam Gil mungkin pernah rahsiakan daripada peminatnya tersendiri.

1. Di dalam Fiery Priest, anda memainkan karakter paderi Katolik yang tak reti mengawal kemarahan, sesuatu yang baru di dalam dunia Kdrama.

a) Apa yang anda rasa apabila kali pertama ditawarkan lakonan itu?

Seorang paderi yang kehilangan seseorang yang tak ternilai di dalam hidupnya mengalami trauma akibat daripadanya. Bukan sahaja watak Kim Hae-il agak luar biasa tetapi juga keperibadian yang ditunjukkannya. Biasanya paderi Katolik digambarkan sebagai orang yang sopan-santun. Jadi, saya tidak pernah melihat seorang paderi yang tak reti mengawal kemarahan sehingga mampu menumpaskan mereka yang jahat dan bermulut kurang ajar. Ia sesuatu yang sangat istimewa.

b) Apakah paling sukar sekali semasa menggayakan watak tersebut?

Saya cuba pelajari seseorang yang ada masalah kemarahan ini. Pada mulanya saya risau dengan Hae-il. Bagaimana jika penonton rasa Hae-il hanya orang yang suka marah dan jerit sesuka hati? Tapi yang melucukan saya adalah orang di sekeliling saya, termasuklah rakan pelakon serta krew-krew menyuruh saya jangan bimbang kerana Kim Hae-il hanya satu saja, Kim Nam-gil…HAHA

2. Apakah pengalaman anda sepanjang bekerja dengan Honey Lee. Apa yang anda paling kagum dengannya?

Oleh sebab penggambaran drama memerlukan kerja keras, orang yang anda bekerjasama adalah penting. Saya rasa hubungan yang baik (dengan pelakon-pelakon) akan memberikan hasil yang positif. Kami sebenarnya pernah berlakon drama bersama-sama pada lima tahun yang lalu. Maka, mudah bagi saya untuk berinteraksi tentang gambaran watak dan adegan dibawa masing-masing. Bekerja dengan seseorang yang bertenaga, suasana sekeliling akan menjadi lebih bahagia. Honey seorang pelakon yang baik dan orangnya juga peramah.

3. Apakah mesej yang mahu anda sampaikan kepada para peminat  tentang The Priest Fiery?

Bercakap mengenai individu tertentu yang sering menjadi mangsa kambing hitam bagi mereka yang lebih berkepentingan dan berkuasa. Hae-il dipulaukan apabila dia berkhidmat sebagai askar. Dia merupakan mangsa kapitalisme dan sosialisme. Kemudian dia menjadi paderi Katolik tetapi tiada yang berubah. Masalah ini ada di mana-mana saja di dalam kerangka masyarakat kita. Apa yang ingin ditegaskan ialah “Kita semua pernah diduga dengan percubaan dan kesilapan untuk menjadi lebih baik, jadi apa salahnya kita ‘cuba’ sekali lagi”. Walaupun The Priest Fiery ialah sebuah drama komedi tetapi saya berharap penonton dapat menangkap mesej seperti ini.

4. Apa yang menarik minat anda untuk membintangi drama ini? Apa yang anda suka mengenai plot dan watak Hae Il ini?

Apabila saya memilih drama atau filem, saya akan bertanya diri-sendiri  ‘Adakah ia subjek yang cukup jelas untuk memberitahu masyarakat sedunia?’ Pertama, Hae Il mencerminkan kehidupan kita tanpa perlu serius. Seterusnya, ia menceritakan lebih banyak tentang perilaku seseorang berbanding ketuhanan atau eksorsisme yang orang selalu sangka apabila mendengar perkataan ‘paderi’ terlebih dahulu. Saya suka pengarah Lee kerana dia tetap komited meneruskan tema yang sama sehingga ke akhir drama. Saya juga suka dengan gaya penulisan Park juga. Garapannya sangat lucu dan ceria walaupun didukung dengan tema yang serius. Dia tahu bagaimana untuk menyampaikan masalah yang serius dengan cara yang bijak. Semua ini membuatkan saya tertarik.

5. Kim Hae-il sebenarnya seorang lelaki yang suka menegakkan keadilan dan berdiri untuk mereka yang lemah. Adakah anda juga seperti Kim Hae Il?

Saya pun lelaki yang baik juga. HAHA. Saya rasa penting untuk bercakap tentang sesuatu yang anda rasa baik untuk lakukannya. Untuk saya misalnya,ia dilakukan dengan lakonan. Dengan berlakon di dalam drama dan filem yang berlainan genre, saya dapat menyampaikan apa yang saya fikirkan. Adalah penting untuk juga anda sebagai pelakon bersuara untuk isu-isu sosial. Walau bagaimanapun, perkara-perkara yang lebih mustahak ialah bertanya kepada diri sendiri ‘Adakah saya hanya sekadar syok sendiri atau sengaja nak tunjuk hebat?’ Ataupun tumpukan apa yang saya mahu sampaikan berbanding apa yang orang lain lihat.

6. Sama juga seperti drama tvN Live Up to Your Name, kami rasa lakonan komedi anda benar-benar menghiburkan. Adakah anda seorang yang lucu? Atau mungkin anda seorang yang sangat serius?

Ya benar walaupun sebelum ini banyak berlakon drama-drama yang berat. Sebenarnya saya suka sangat bergurau dan kalau anda perasan, nada suara saya akan menjadi lebih tinggi. Ada orang kata pandangan mata saya berubah tiap-tiap kali saya terdengar pengarah menyebut ‘action’.  Kini, Jang Sa-jung (filem Pirates) boleh lah ditukarkan kepada Kim Hae-il.

7. Adakah anda menikmati drama komedi?

Saya banyak kali sebut dalam wawancara. Ya betul, saya suka HAHA. Terutamanya filem-filem arahan Stephen Chow. Watak-watak yang berat lebih mudah untuk dilakonkan kerana apa yang saya perlu lakukan adalah bertindak dengan perasaan emosi yang kuat juga. Tetapi, gaya lakonan yang ‘kasual’ adalah sukar bagi saya. Apabila seseorang menggayakan watak komedi, barulah nampak dia berlakon. Itulah daya tarikan yang sebenar.

8. Anda telah melakukan bermacam-macam gaya lakonan. Adakah terdapat satu watak yang anda ingin cabar?

Saya selalu ditekan untuk melakonkan berbagai-bagai karakter(menjadi pelakon yang versatil). Maka, penggambaran menjadik titik di mana wajarkah membawa watak yang serupa selagi saya mampu menonjolkan aksi yang lebih mendalam. Dan saya sungguh-sungguh mahu melakukan itu (menunjukkan aksi yang lebih mendalam).

9. Tahun ini merupakan tahun ke-25 anda di dalam industri lakonan. Bagaimana kerjaya anda setakat ini?

Selepas menonton drama ketika di sekolah menengah dahulu, saya berazam mahu menjadi pelakon. Kemudian, saya menyertai syarikat teater dan akhirnya jatuh cinta dengan kerjaya lakonan. Pada masa itu, saya tak terfikir pun kehadiran saya mendapat perhatian media. Lakonan ialah sesuatu kebahagiaan buat diri saya. Suatu masa dahulu, pelakon senior yang menghadiri ujibakat tersebut meminta saya supaya ‘Cari pengalaman lagi’. Nasib baik, saya lulus uji bakat tersebut dan menjadi pelakon secara rasmi, bermula dengan watak-watak kecilan sehinggalah apa yang saya kecapi sekarang.

10. Apakah matlamat anda tetapkan untuk diri anda sebagai pelakon?

Saya tidak suka jadi terkenal atau kumpul kekayaan. Saya hanya mahu berlakon seperti sedia ada. Saya mahu menyimpulkan kasih dan menyampaikan emosi lakonan sepenuhnya.

Artikel ini diubahsuai daripada temuduga oleh pihak ONE TV Asia dengan sokongan Kmania. SBS Fiery Priest yang dibintangi oleh Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Honey Lee, Go Joon, Keum Sae Rok ini boleh ditonton di ONE TV Asia Ch 393 setiap Sabtu & Ahad jam 5.05 Petang.

loading...