Kang Hyuk Min meluat Jung Joon Young tak habis-habis bercerita tentang seks dan perempuan

Model Kang Hyuk Min, dikenali dengan ‘Ulzzang’ membuat pengakuan tentang hubungannya dengan Jun Joon Young di dalam satu video yang dimuatnaik ke dalam laman peribadi Youtube miliknya.

Kang Hyuk Min pernah berasa meluat apabila Jun Joon Young bercerita tentang tabiat malamnya iaitu meniduri perempuan sambil meneguk arak sehingga ke awal pagi.

“Saya tak suka perangai abang (Jung Joon Young) sepanjang kami menjalani penggambaran , ” katanya dalam kerataan video berkenaan.

“Dia penuh bangga beritahu dia meniduri perempuan (aktiviti seksual) , jadi sebelum saya kena cop mempermainkan perempuan di kemudian hari, saya cuba jauhkan diri daripadanya sehingga penggambaran rancangan tv itu selesai ,”  tambahnya lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=l1UWKwqDdo4

Kang Hyuk Min bertindak memuatnaik video pengakuan itu setelah dipinta oleh sebilangan netizen yang pernah menonton kelibat mereka bersama di dalam rancangan tv, ‘Ulzzang Era 5’ pada tahun 2011. Dalam rancangan tersebut, Kang Hyuk Min dan beberapa ahli ‘Ulzzang Era 5’  dibawa oleh pengacara Kim Tae Hyun ke rumah Jung Joon Young.

Yang membuatkan mereka agak terkejut apabila mereka menemui berbagai-bagai bahan lucah dan juga gugusan kondom di dalam bilik tersebut. Kang Hyun Min pula dengan penuh rasa teruja, membuka almari sebelum menemui seluar dalam ‘lingerie’ lelaki yang biasanya digunakan untuk memenuhi kemahuan ‘fetish’ seseorang dalam melakukan hubungan seks. Jung Joon Young hanya tersipu-sipu manakala Kim Tae Hyun cuba mengalih perhatian dengan nada bergurau.

Sementara itu, Jung Joon Young sedang didakwa di dalam mahkamah atas kesalahan merakam dan berkongsi video seks tanpa kerelaan mangsa. Jika didapati bersalah, beliau akan disabitkan dengan hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun.

Sumber: mydaily , news1