Sebuah karya yang dinanti-nantikan. Sementelah, jika ditonton musim pertama sahaja seakan memberi bayangan sambungan kepada drama terbaik Korea 2016 “Signal” apabila nota misteri ditinggalkan kepada Park Hae Yeong dan Cha Soo Hyeon.
Pada 30 Januari, penulis skrip Kim Eun Hee mengambil bahagian dalam satu temu bual di mana beliau berkongsikan tentang harapannya untuk menyiarkan musim kedua drama 2016 “Signal” pada tahun ini. Beliau berkata, “Jika saya ingin berkarya semula bagi drama-drama domestik, saya mahu memulakannya dengan “Signal 2.” Saya tidak akan mengulas lanjut perkara ini, tetapi saya berharap ia akan disiarkan pada suatu masa nanti dalam tahun ini.”
Kim Eun Hee meneruskan, “Keperluan semua yang terlibat perlu diselaraskan, dan para pelakon perlu mengosongkan jadual mereka untuk menjalani penggambaran kelak. Ia mungkin sukar, tetapi saya benar-benar benar berharap ‘Signal 2’ ini akan menjadi kenyataan.
Pengarah Kim Won Seok juga berkata drama itu akan menjadi lebih bermakna jika ia disiarkan pada 2019. “
“Signal” mengisahkan kisah kumpulan detektif polis yang menggunakan ‘walkie-talkie’ misteri yang menghubungkan dengan masa lalu untuk untuk menyelesaikan kes-kes yang ‘sejuk’. Drama ini dipuji sebagai drama terbaik kerana mengekalkan kualiti yang tinggi sehingga episod terakhir.
Untuk maklumat tambahan, drama “Signal” ini juga telah mendominasi kemenangan di 5th CariKdrama Awards, antaranya Best Drama, Best Director, Best Screenplay, Best Actor dan Favorite Drama. Drama ‘Signal’ juga telah diangkat sebgat Best Drama di 5th APAN Star Awards dan Best Content Drama di tvN10 Awards.
Sumber : tvdaily