[Ulasan Kdrama] SBS ‘Hymn of Death’ by dida (4/5)

Rating Keseluruhan Drama: 7.5/10

Drama lakonan Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun, “Hymn of Death” ini telah menjadi pilihan penulis untuk review serta menyatakan pandangan dari sudut peribadi penulis.

1. Cerita (8/10)

Kisah cinta yang tragis. Itulah ungkapan yang sinonim dengan lagu atau kisah ‘Death Song’. Lagu ‘Death Song’ nyanyian Yun Sim Deok ini merupakan lagu terakhir yang dirakamkan dan liriknya ditulis sendiri oleh Yun (penulis seram sejuk tatkala mendengar lagu asal Death Song) . Kisah Yun Sim Deok pernah difilemkan pada tahun 1969 dengan judul ‘Yun Sim Deok’ (namun tiada penemuan lanjut) dan ‘Death Song’ pada tahun 1991. Filem ‘Death Song’ telah diangkat sebagai filem terbaik dan turut memenangi beberapa anugerah utama lain ketika itu.

Kini ‘Death Song’  diadaptasi pula ke drama dengan tajuk ‘Hymn of Death’. Bertemakan melodrama dan penceritaan yang merobek jiwa, saya berpendapat tidak ramai yang menyukai genre berat  sebegini. Ramai penonton menyukai penceritaan yang menceriakan dan tidak terlalu emosi. Versi drama ini dihadirkan dalam episode yang agak singkat dengan tiga episode sahaja.

Drama ‘Hymn of Death’ ini mengisahkan kehidupan Yun Sim Deok dan kekasihnya Kim Woo Jin. Mereka berkongsi kisah hidup yang serupa kerana keduanya berkorban kebahagiaan diri sendiri demi kebahagiaan orang lain. Yun Sim Deok merupakan penyanyi soprano pertama di Korea manakala Kim Woo Jin adalah seorang pengkritik serta pencinta sastera. Woo Jin juga seorang penyair, penulis esei dan dramatis. Jika versi filem ianya lebih menceritakan mengenai Yun Sim Deok, agak berbeza dengan versi drama di mana ia lebih fokus kepada siapa Kim Woo Jin.

 

Drama ini mengambil latarbelakang tahun 1920-an ketika Korea masih lagi di bawah pemerintahan Jepun (era Joseon) Ketika itu, Kim Woo Jin adalah seorang penulis teater dan sedang mengikuti pengajiannya dalam bidang pertanian di sebuah universiti di Jepun. Kim adalah pelopor penghasilan drama bertemakan romantis dalam penulisan drama Korea ketika itu. Yun Sim Deok pula, ketika itu sedang mengikuti pengajiannya dalam bidang muzik. Ketika mengikuti siri jelajah pementasan teater ketika belajar di Tokyo, Kim Woo Jin dan Yun Sim Deok.” Siri  jelajah ini diadakan bagi mengumpul dana untuk persatuan teater merema bahkan untuk mengangkat martabat seni Joseon. Pementasan karya teater dan nyanyian terbaharu ini akan jadi motivasi kepada rakyat Korea untuk merasa bangga dengan hasil seni negara mereka.”

 

Sepanjang siri jelajah pementasan teater ini yang kemudiannya diadakan di Korea, Yun Sim-deok dan Kim Woo-jin menjadi semakin rapat. Akibat penulisan teater oleh Kim dikatakan mengganggu gugat tentera Jepun, Kim telah ditahan oleh tentera Jepun ketika mereka meraikan sambutan baik yang diberikan penonton. “Sepuluh tahun yang lalu, kami memiliki kebebasan itu, tapi hari ini, di tanah ini, kebebasan tidak ada lagi. Tapi, itulah kebenarannya. “

Melihatkan Yun Sim Deok, setia menunggunya dibebaskan, hubungan mereka semakin rapat. Yun sempat membawa Woo Jin ke sebuah dewan di mana beliau memberitahu impiannya untuk membuat persembahan di sana dan dalam pada itu turut berjanji dengan Woo Jin agar beliau juga turut hadir untuk menontonnya. Suatu hari, Woo Jin mengajak kumpulan pementasannya datang ke rumah. Yun Sim Deok tidak pernah mengetahui bahawa Woo Jin berasal dari keluarga yang berada dan telah pun berkahwin. Saat seorang wanita memperkenalkan diri sebagai isteri Woo Jin, muka Yun Sim Deok berubah dan akhirnya buat keputusan untuk pulang atas alasan kecemasan.

Biarpun telah mengetahui Woo Jin telah pun berkahwin, Yun Sim Deok gagal untuk melupakannya. Yun Sim Deok telah berterus terang akan perasaannya terhadap Woo Jjn selepas Woo Jin menghadiri persembahan sulungnya. Rupanya, Woo Jin juga merasakan yang sama dan hubungan terlarang mereka berterusan selepas itu serta kerap berutus surat rindu.

Setelah tamat belajar, Woo Jin belum mampu meneruskan aktiviti penulisannya kerana bantahan keras dari ayahnya. Beliau terpaksa menguruskan perniagaan keluarga. Satu hari, rahsia Woo Jin yang masih lagi menulis secara senyap-senyap diketahui ayahnya disamping kekerapan beliau hilang dari syarikat kerana bertemu Yun Sim Deok. Woo Jin, hidupnya telah diatur oleh ayahnya sejak mula. Dipaksa berkahwin muda dengan isteri pilihan si ayah dan terpaksa menuruti kesemua kehendaknya. Woo Jin tidak pernah sekalipun diberi peluang untuk menikmati kehidupan dengan caranya sendiri. Bermulah pertengkaran antara ayah dan anak yang sememangnya membenci anaknya berkecimpung dalam bidang penulisan sehinggakan hampir semua karya Woo Jin dibakar.

 

Ini membuatkan Woo Jin semakin hilang pertimbangan dan beliau merasakan ingin meninggalkan semua yang menyesakkan fikirannya. Dalam pada itu, Yun Sim Deok juga dilamar oleh usahawan untuk menjadikannya isteri dan keluarga Yun terus memaksanya menerima lamaran itu. Namun tidak disangka, Yun turut terlibat dalam skandal menjual diri demi membiayai pengajian adiknya. Kedua mereka bertemu kembali dan menyatakan betapa peritnya kehidupan mereka yang tidak pernah ada yang memahami. Mereka tidak pernah diberikan pilihan dan mereka turut fikir bagaimana mereka boleh nikmati erti kedamaian yang sebenar.

Karya Woo Jin diminati ramai kerana beliau memperjuangkan seni negaranya. Ramai yang mengagumi bagaimana karya beliau merangsang semangat juang kepada rakyat Korea ketika itu. Agak sayang, bila pencinta sastera ini dipersiakan bakatnya apabila ada keluarga yang menentang. Yun Sim Deok pula, dek kesempitan hidup beliau terpaksa berkorban untuk kelangsungan hidupnya dan keluarga. Beliau seorang penyanyi yang berbakat, namun saat dek keperitan hidup, permintaan keluarga, terlibat skandal buat kerjaya nyanyiannya disia-siakan.

 

Kedamaian yang dicari Woo Jin dan Yun Sim Deok sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Apakah desakan kehidupan dan percintaan yang tidak dapat dimeterai secara nyata membuatkan mereka mencari damai yang abadi. Penulis teringat satu kata-kata “Mencintai tidak semestinya memiliki” dan mungkin ini yang dirasai oleh Woo Jin, Yun Sim Deok dan isteri Woo Jin, Chumhyo.

 

Jika anda ingin menyukai genre berat yang penuh emosi seperti ini, anda perlu menontonnya. Drama ini bagi penulis, cukup menyentuh perasan dan dalam masa yang sama buat anda turut menyelami apa yang terjadi kepada mereka ketika itu. Kepada penggemar drama berkisarkan kisah sebenar dan sejarah ini mungkin makanan ruji kalian.

Agak rugi apabila lagu ‘Death Song’ tidak diperdengarkan dalam drama ini dan hanya sedikit instrumental kedengaran. Mungkin ada sebabnya mengapa tidak berbuat demikian. Penulis juga tertanya-tanya sedalam mana cintanya Kim Woo Jin kepada Yun Sim Deok. Perkara ini tidak dijelaskan dengan terperinci. Bagaimana sebenarnya Woo Jin jatuh cinta kepada Yun Sim Deok? Penulisan karya Woo Jin juga tidak begitu di ‘Highlight’kan.

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)

Lee Jong Suk (Best Actor)

 

Biarpun ramai berpendapat aktor ni gagal menyerlahkan ekspresi muka terutama untuk genre melodrama, saya menangkis dakwaan itu secara peribadi. Drama ini memang menyerlahkan sisi baru aktor ini.

Lee Jong Suk yang membawakan watak utama sebagai Kim Woo Jin memberikan persembahan yang memberangsangkan. Pergerakkannya, cara bercakap dan cara pandangannya buat anda boleh mengenali Woo Jin sebenarnya. Bahkan pandangan matanya sahaja cukup membuatkan anda mengerti maksud yang ingin disampaikan. Lee Jong Suk mengambil cabaran ini sebaik mungkin kerana drama ini banyak melibatkan emosi dan  ekspresi. Pujian harus diberikan kepada beliau kerana berjaya mendominasi adengan2 berkaitan dengan baik dengan maksud emosinya sampai kepada penonton yang turut sama menghayati persembahannya.

 

Beliau juga berjaya menjiwai rasa apabila terpaksa berkorban kebahagian diri sendiri demi orang lain. Betapa beliau tertekan hidupnya yang selama ini diarah oleh ayahnya. Hemburan kata amarah terhadap ayahnya membuatkan penulis turut merasai betapa Woo Jin sudah lama memendam rasa dan dipaksa mengikut telunjuk sang ayah. Saya akui, babak ini antara yang paling menyerlahkan ekspresi dan emosi yang ditunjukkan Lee Jong Suk.

saya dah penat dengan arahan ayah. Saya berkahwin kerana itu kemahuan ayah. Saya belajar dalam bidang pertanian kerana ayah mahu saya uruskan perniagaan keluarga kita. Sekarang saya uruskan perniagaan ini dengan kerelaan saya sendiri. Jadi, bila masanya saya memberontak akan kesemua kemahuan ayah. Ayah tetap ayah, dan saya tetap anak ayah sampai saya mati. Tapi, anak ayah ini tetap seorang manusia. Saya ini manusia ayah, yang ada kemahuan dan keinginan sendiri. Ya ayah, saya memang sedang meninggalkan suara terhadapmu. Saya cuma mohon berikan sedikit ruang untuk saya bernafas dan menulis buat saya rasa tenang. Orang lain berjuang demi kemerdekaan Joseon, tapi saya seperti seorang pengecut kerana ikutkan ayah. Sebab itu, dengan menulis saya dapat mencoret sesuatu untuk membantu bangkitkan semangat perjuangan. Tapi ayah tetap menyuruhku berhenti. Saya nak tanya ayah sekarang, ayah nak saya hidup atau mati? “

Keserasian Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun tidak boleh disangkal lagi. Kembali bergandingan selepas lima tahun buat penulis menantikan persembahan mereka. Nampaknya mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Percintaan antara Woo Jin dan Yun Sim Deok berjaya direalisasikan dengan sebaiknya oleh Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun. Lakonan mereka tampak neutral dan buat penulis turut merasai kisah percintaan mereka. Lee Jong Suk berjaya mengekpresikan bagaimana cintanya Woo Jin kepada Yun Sim Deok kerana itulah pertama kali Woo Jin benar-benar dilamun cinta dengan penuh berkarisma.

“Namamu tidak boleh aku lupakan. Jauh disudut hatiku, namamu terukir dan aku merinduimu. Kau menghangatkan kembali cinta dihatiku yang telah lama padam. Belum sempat aku melupakanmu, aku semakin merindu. Bahkan saat kematian menjemputku, namamu tetap ku seru dan akan terus merinduimu.”

Shin Hye Sun (Best Actress)

Shin Hye Sun, juga patut diberikan pujian di atas kejayaannya membawakan watak Yun Sim deok. Biarpun pada mulanya penulis tidak meletakkan apa2 jangkaan namun setelah menontonnya Shin Hye Sun berjaya buktikan kehebatan yang berlakon dalam menyampaikan penghayatan dengan cara yang tersendiri.

 

 

Watak Yun Sim Deok berjaya buat penulis sedar betapa beratnya kehidupan beliau dan dalam masa yang sama beliau terpaksa menanggung keluarganya. Dek tuntutan kehidupan, terkadang Sim Deok dipaksa berbuat perkara yang tidak beliau inginkan, sehingga buatkan beliau berbelah bagi antara keluarga dan keinginan sendiri.

 

Sim Deok seorang wanita yang berbakat besar namun tidak bernasib baik, keluarganya yang miskin dan perlu berkorban demi keluarganya. Woo Jin yang kesunyian hadir mengisi kekosongan Sim Deok dan akhirnya membuatkan Sim Deok bergantung harap kepada Woo Jin yang memberikannya semangat. Penulis sehingga membayangkan betapa kelamnya kehidupan yang dialami Sim Deok dan Shin Hye Sun berjaya menepati emosi yang ditunggu penonton untuk Sama-sama merasai apalah nasib yang menimpa Yun Sim Deok sehinggakan bakat disia-siakan. Apa yang terjadi kepada Sim Deok terlalu besar sehinggakan beliau ingin melepaskan segalanya.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7/10)

Drama ini bertemakan sejarah sekitar tahun 1920-an ketika Korea masih lagi di bawah pemerintahan Jepun. Penulis tiada masalah dari segi costume para pelakon yang menepati plot penceritaan. Tapi penulis tidak dapat merasakan persekitaran yang sempurna (perfect). Masih terdapat background yang kelihatan moden yang sepatutnya perlu dielakkan. Berkemungkinan pengarah dan penulis skrip inginkan sesuatu yang selari dengan konteks ‘remake’ namun dari segi logiknya ia perlu mengekalkan some of the originality.

 

Penulis mengambil contoh drama Mr. Sunshine di mana keseluruhan background dan lokasi penggambaran menepati zaman penceritaan. Penonton benar-benar di bawa ke zaman yang sebenar. Mungkin pengarah atau yang berkaitan tidak begitu teliti mengenai keadaan sebenar yang perlu mereka memperlihatkan atau menggunakan pendekatan asal boleh. Jadi, ia agak mengganggu penglihatan yang sudah di ‘set up’ persekitaran 1920-an. Balai polis yang menjadi kegunaan tentera Jepun kelihatan seperti di set up yg sangat bersahaja. Seperti kelihatan di dalam studio.

Penulis juga tertunggu-tunggu, kenapa lagu ‘Death Song’ tidak diperdengarkan walau sedikitpun. Yang kedengaran hanyalah bunyi instrumental yang menjadikan adengan itu lebih emosi. Yang ini amat penulis setuju kerana muziknya sangat mendayu dan menjadikan adengan itu lebih hidup. Penulis syorkan anda mendengar terlebih dahulu lagu berikut (kalau boleh yang ada English sub) untuk mendapatkan mood.

Yang paling nyata, pengakhiran yang nampak tidak ‘real’. Penulis tidak akan spoil the ending but seriously I don’t feel it. Sepatutnya pengarah boleh menjadikannya lebih kemas dan sempurna. Kelihatan endingnya seperti tergantung dan buat penulis tertanya apa yang terjadi sebenarnya (Biarpun penulis sudah tahu pengakhirannya bagaimana).

4. SKOR MUZIK (4/5)

Lagu-lagu yang disajikan sebagai runut bunyi memang bersesuaian dengan jalan cerita. Penulis boleh katakan tiga buah runut bunyi ini menambah rasa kepada drama ini. Penulis menyukai ketiga-tiga lagu tersebut. Tetapi pilihan utama penulis adalah Sohyang – Only My Heart Knows. Lirik lagunya sangat syahdu dan begitu menyentuh perasan dan irama muziknya boleh buat hati anda turut menangis.

Only my heart knows, my precious person
Whenever I look at you, my heart aches
It hurts as much as I love
Because you’re someone I shouldn’t love”

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)

Penulis masih boleh menontonnya semula.