Diasak dgn komen menghina, Ismail Izzani tetap nyanyikan lagu idolanya, BTS

Penangan BTS nampaknya berkembang di Malaysia kala ini. Malahan fandom mereka di Malaysia atau Army Malaysia boleh dikatakan hampir ‘well established’. Filem pertama BTS ‘ Burn the Stage: the Movie’ yang ditayangkan di GSC seluruh negara termasuk di Malaysia cukup mendapat sambutan hangat.

Kalau anda tahu, ada juga di antara kita termasuk yang bergelar artis pernah menyanyikan lagu BTS atau bahasa mudahnya cover song. Terbaharu adalah penyanyi yang baru meningkat naik atau bahasa modennya BBNU, Ismail Izzani. Ismail Izzani adalah anak kepada penyanyi lama sekitar 1980an, Suliza Salam. Jika anda pernah mendengar serta menonton lagu anak muda ini ‘Luar Biasa’ , boleh dilihat dia juga turut menyuntik elemen K-Pop dalam lagu tersebut. Boleh dikatakan dia juga salah seorang peminat K-pop termasuk BTS.

Menerusi cover song terbarunya, Ismail telah menyanyikan lagu daripada BTS yang berkoloborasi bersama Steve Aoki iaitu ‘Waste On Me’.

https://www.instagram.com/p/BrNQfVplkUt/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1qbauktawdkx2

Nampaknya video yang dikongsikan di Instagram milik Ismail Izzani mengundang pelbagai kritikan dan tidak kurang ada segelintir yang memuji. Terdahulu mengikut screen shot komen dari Instagram Ismail, dia pernah menyatakan salah seorang ahli BTS bukanlah menjadi kegemarannya. Jom lihat perkongsian kami.

Apa pula kata anda berkenaan ini?

loading...