[Pena Kmania] Dilema meminati artis lelaki jambu berbanding artis lelaki macho

Poster drama ‘Boy Over Flowers’ yang popular sekian lama dulu.

Adakah pembaca ingat, kali pertama mengenali Lee Min Ho? Bagi penulis, sebut sahaja Lee Min Ho, imej pertama terbentuk di minda adalah oppa flower boy. Dari drama bersiri popular bertajuk Boys Over Flowers, lakonan Lee Min Ho, Kim Hye Sun, Kim Joon, Kim Hyung Joong, dan Kim Bum.

Drama Taiwan Meteor Garden

Bagi penulis, itu la ideal flower boys di mata penulis. Namun, mereka bukanlah perintis kepada imej flowers boys ini. Penulis ingat sebelum popularnya Kdrama, penulis pernah menonton satu drama bersiri Taiwan berjudul Meteor Garden. Di mana kumpulan F4 yang membawa maksud sebagai flower 4 merangkumi 4 jejaka kacak dan kaya iaitu, Dao Ming Shi, Hua Zhe Lei, Mei Zuo dan Xi Men. Kalau kita lihat pada konteks tempatan pula, mungkin terma ini agak hampir maksudnya dengan Lelaki Jambu. Ya, lelaki jambu, tetapi tetap maskulin. Sebagai contohnya pelakon dan penyanyi Izzue Islam. Beliau amat menepati ciri-ciri lelaki dambaan alaf baru ini.

Drama Cinderella and Four Knights

Idea mengenai flower boys ini merungkai mengenai para jejaka yang bukan hanya kacak, tetapi pandai menjaga keterampilan diri dan kelakuan dan perwatakan mereka. Secara klasiknya, flower boys di gambarkan sebagai bertubuh langsing, kemas rapi, kulit yang bersih dan mulus, memiliki rambut yang cantik dan berwarna, memakai solekan tipis, berbau wangi, berkeyakinan diri dan bersikap baik.

Masih bingung, bayangkan sahaja Bae Yoon-joon dalam drama Winter Sonata ataupun Rain dalam semua lakonan beliau. Mereka berdua dikatakan yang membukakan mata masyarakat dunia terhadap flower boys ini.

Memakai mekap bukanlah bermaksud sehingga mengubah keaslian wajah ataupun sehingga kelihatan seperti seorang wanita. Mekap bagi flower boys ini bermaksud mungkin olesan tipis BB cream ataupun hanya CC cream dan Guyliner, nama lain untuk eyeliner apabila dipakai oleh lelaki. Kini, bintang Kpop dan Kdrama sudah mula mengoles tipis pelembap bibir berwarna untuk sedikit warna kepada bibir mereka. Ada yang mengatakan kerana ingin menghilangkan kesan-kesan merokok.

Gaya flower boys ini agak sukar diterima oleh masyarakat dunia. Ia mula mendapat perhatian di negara berpaksikan orientalis Asia. Bahkan di Korea Selatan juga, pada awalnya agak asing bagi kaum lelaki yang bukan dalam bidang hiburan. Namun, lama kelamaan ia mula diterima di Korea Selatan atas desakan kaum wanita. Kaum wanita di sana menganggap mereka layak mendapat pasangan yang bukan sahaja mampu menjaga keterampilan diri dengan baik, malah lebih bersifat memahami jiwa feminin wanita. Ini adalah berpunca dari sejarah negara mereka yang terlalu bersifat patriarki. Kini, imej-imej flower boys ini tidak lagi asing di Korea Selatan, bahkan mereka memenuhi ruang televisyen dan billboard.

Imej dan gaya ini sering kali mendapat komen sinis dari negara-negara lain seperti di Barat dan di Jepun. Malaysia juga sama. Pernahkah anda melihat seseorang memberi komen “Kenapalah gadis-gadis meminati lelaki persis jambu macamni!!!”. Pakai lipstik, eyeliner bahkan menggelarkan mereka sebagai lelaki lembut. Ini adalah kerana, penduduk dunia telah biasa dengan sogokan imej-imej maskulin Hollywood yang sudah berkurun mempelopori dunia hiburan. Kita sudah terbiasa lelaki itu perlulah kacak dan macho seperti James Bond. Tetapi James Bond juga seorang Playboy yang sering bertukar teman tidur. Adakah lelaki jenis ini yang pembaca inginkan sebagai kekasih?

Song Joong Ki Sebagai Kapten Yoo Si Jin di dalam drama KBS Descendants of The Sun

 

Cha Eun Woo bergelar ‘Face Genius’ oleh media Korea kerana kejambuan rupanya.

 

Dengan nama lain, flower boys ini turut dikenali sebagai imej ‘soft masculinity’ bagi mereka di Barat. Bukanlah lelaki lembut ataupun transgender, tetapi lelaki yang tahu menjaga keterampilan diri, fizikal dan juga mental. Memiliki peribadi yang baik, sensitif terhadap kaum wanita dan akan berusaha untuk mengalah dan memahami serta memberi ruang kepada kaum wanita. Bagi penulis, cukup hanya membekalkan satu contoh. Iaitu Kapten Yoo Si Jin. Seorang yang manis, kemas dan aegyo. Tetapi pada masa yang sama, ketua kepada pasukan khas tentera. Satu pekerjaan yang begitu maskulin. Ataupun lebih realiti, sebagai contoh kumpulan Big Bang. Walaupun lagu-lagu dan video klip mereka begitu swag dan attitude, tetapi apabila muncul dalam rancangan hiburan, jelas terlihat sisi manis dan aegyo mereka.

Pendapat peribadi penulis, penulis amat sukakan gaya kumpulan iKon. Sekiranya pembaca berpeluang mengikuti rancangan-rancangan realiti mereka, sebagai contoh ikon TV dan sebagainya. Mereka begitu bersahaja mengakui diri mereka memerlukan mekap. Bahkan wujud beberapa babak lucu yang mana antara mereka yang perlu berlari menyelamatkan mekap daripada terkena hujan. Mekap mereka begitu tipis sehinggakan sukar untuk penulis membezakan wajah polos ataupun bermekap. Pada masa yang sama, mereka begitu selesa dengan diri mereka dan seksualiti mereka. Bahkan beberapa kali mereka mencerminkan peribadi lelaki yang baik dan melayani kaum wanita dengan baik dan sopan.

Walaupun ada bintang-bintang Korea lain yang memakai solekan tebal, eyeshadow yang berkilat-kilat, bergincu dan sebagainya, itu tidak bermakna mereka ingin menjadi seperti wanita. Mereka hanya menambahkan seri pada wajah mereka dan bagi penulis, they do look good. Sekiranya di dunia ini, lebih ramai lelaki yang pandai menjaga keterampilan diri, bersih dan berperwatakan baik, apa salahnya kan.

Sumber BBC; Woroni; My Dramalist; The Crimson