Ji Sung, Han Ji Min & yang lain berkumpul untuk bacaan Skrip pertama – Wife That I Know

Slot drama Rabu – Khamis yang akan datang dirangkaian TVN sudah bersedia untuk menayangkan drama yang dikatakan hebat iaitu “Wife That I Know”. Baru-baru ini para pelakon telah memulakan bacaan skrip pertama mereka.

“Wife That I Know” akan menjadi sebuah cerita cinta yang menunjukkan dengan hanya satu keputusan dibuat, ia dapat mengubah segalanya. Drama ini akan turut menyelitkan beberapa adengan yang menarik yang berhubung-kait tentang putaran kehidupan di mana  setiap orang pernah sekali memikirkan mengenainya dalam kehidupan masing-masing. Bacaan skrip pertama telah dilakukan pada awal bulan ini. Ianya telah dihadiri pengarah (PD) Lee Sang Yeob dan penulis skrip Yang Hui Seung, serta barisan pelakon seperti Ji Sung, Han Ji Min, Jang Seung Jo, Kang Han Na, Son Jong Hak, Park Won Sang, Park Hee Bon, N (VIXX), Kim Soo Jin, Kim So Ra, Gong Min Jung, dan lain-lain.

Semasa bacaan skrip berlangsung, PD Lee Sang Yeob menyatakan kepercayaannya kepada semua pelakon, “Saya rasa drama ini akan menjadi drama yang pilihan ramai, hebat serta menyeronokkan, dan ia buat saya teruja.” Penulis skrip Yang Hui Seung menambah, “Saya berharap sepanjang penggambaran drama ini, ia akan menjadi memori yang manis dan berharga buat kita semua. Saya akan melakukan yang terbaik untuk menjadikannya sebuah drama yang bersinar cemerlang. “

Wife That I Know akan mempaparkan kisah rumah tangga bermasalah yang dihadapi oleh pasangan Cha Joo Hyuk (lakonan Ji Sung) dan Seo Woo Jin (lakonan Han Ji Min) setelah selama lebih lima tahun melayari bahtera bersama. Cha Joo Hyuk bekerja sebagai agen sebuah bank tempatan tetapi disebabkan kos hidup semakin meningkat dengan gaji sedikit menyebabkan beliau tersepit dalam memberikan kebahagiaan kepada satu-satunya isteri tercinta, Seo Woo Jin. Seo Woo Jin pula bekerja untuk membantu menyara hidup mereka sekeluarga.

Suasana bacaan skrip penuh dengan gelak tawa dan bersemangat kerana para pelakon telah mula bekerjasama. Mereka menunjukkan komitmen dan kesungguhan sepanjang sesi bacaan skrip berlangsung.

Tenaga pekerja produksi “Wife That I Know” sempat menyatakan, “Kami mempunyai barisan pelakon yang hebat di mana mereka dapat menghayati watak mereka dengan baik. Oleh itu, sesi bacaan skrip menjadi seronok dan menarik. Ji Sung dan Han Ji Min memperlihatkan keserasian yang cukup baik dan ianya  melebihi apa yang kami harapkan. Kami percaya keduanya dapat mencipta persembahan yang hebat bersama. “

“Wife That I Know” akan mengambil slot selepas drama “What’s Wrong with Secretary Kim?” berakhir. Drama ini akan ditayangkan pada Ogos depan.

Sumber : enews.imbc

loading...