Akhirnya giliran Dong Ha pula untuk berkhidmat demi negara.
Pada 27 April hari ini, agensi pelakon terbabit ManagementAND telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengumumkan tarikh pendaftran Dong Ha untuk menyempurnakan khidmat ketenteraannya. Dong Ha akan memasuki pusat latihan rekrut Bahagian Infantri ke-5 yang terletak di Provinsi Gyeonggi pada 1 Mei ini. Pelakon itu yang mendapat Gred 1 dalam pemeriksaan fizikal,akan mendaftar sebagai askar aktif.
Dong Ha turut mengulas, “Saya akan menunaikan kewajipan saya sebagai warganegara Korea dan akan menjalani perkhidmatan ketenteraan saya dengan penuh tekun dan bersemangat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong saya dan berharap anda semua diberikan kesihatan yang baik. Saya akan kembali menjadi Dong Ha yang lebih matang, jadi teruskan menyokong saya. “
Dong Ha yang lahir pada 14 Januari 1992, mula debut pada tahun 2009. Pelakon tersebut telah membintangi drama seperti Chief Kim, Suspicious Partner, dan yang terbaru Judge vs Judge. Dong Ha juga pernah dicalonkan dalam kategori Popular Rookie Actor untuk 6th CariKdrama Awards 2017.
Sumber : sports.chosun | OSEN