Lee Jong Suk Mendahului Carta Reputasi Pelakon Filem Terunggul Bulan September

Institut Penyelidikan Perniagaan Korea telah mengeluarkan keputusan Movie Brand Reputation dikalangan para pelakon filem bagi bulan September 2017.

Institut tersebut telah menganalisis sejumlah 119,034,743 sumber data dari 28 Ogos hingga 29 September dalam pelbagai kategori antaranya dari segi penyertaan, liputan media, komunikasi, dan kesedaran komuniti (community awareness).

Lee Jong Suk mengungguli kedudukan brand reputation bulan ini dengan nilai keseluruhan 8,620,701. Diikuti oleh Gong Yoo ditempat kedua dengan jumlah keseluruhan 5,508,147, manakala Lee Je Hoon berada di tempat ketiga dengan jumlah 5,454,665.

Kedudukan para pelakon yang menduduki tempat  teratas adalah seperti berikut:

  1. Lee Jong Suk
  2. Gong Yoo
  3. Lee Je Hoon
  4. Kim Nam Gil
  5. Ryu Jun Yeol
  6. Song Joong Ki
  7. Kim Soo Hyun
  8. Sol Kyung Gu
  9. Lee Byung Hun
  10. Kim Joo Hyuk
  11. Go Soo
  12. Park Seo Joon
  13. Jun Ji Hyun
  14. Jo Jin Woong
  15. Na Moon Hee
  16. Han Hyo Joo
  17. Jung Woo
  18. Im Siwan
  19. Choi Min Sik
  20. Lee Jung Hyun
  21. Kim Yun Seok
  22. Kang Ha Neul
  23. Yeo Jin Goo
  24. Park Hae Il
  25. Lee Kyung Young
  26. Jung Woo Sung
  27. Song Kang Ho
  28. Jo In Sung
  29. Kim Ok Bin
  30. So Ji Sub

Sumber : Naver

nota:

  • Filem terbaru lakonan Lee Jong Suk, V.I.P telah mula ditayangkan pada 23 Ogos yang lalu. Filem tersebut telah mendapat jumlah kutipan sebanyak US$8 juta dan telah mendapat jumlah tontonan seramai lebih kurang 1 juta dalam tempoh lima hari tayangan.
  • Drama terbaru Lee Jong Suk bergandingan dengan Bae Suzy; While You Were Sleeping akan ditayangkan di ONE pada 27 September, diikuti episode-episod berikutnya pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.