Yoo Ah In sakitkan hati umat Islam?

Pelakon Yoo Ah In baru-baru ini memuat naik gambar yang kontroversi di laman instagram nya. Dengan menggunakan kapsyen , “#Samsara Ron Fricke” , gambar tersebut mencetuskan perdebatan di kalangan peminat-peminatnya.

Sesetengah peminatnya berasakan gambar itu terlalu sensitif kerana menganggap penunjukkan wanita yang berpudah berdiri di samping poster lelaki-lelaki yang berbadan sasa itu seperti memberi gambaran wanita Muslim sebagai seorang yang hipokrit dalam mengamalkan ajaran Islam tapi berfantasikan seks.  Sesetengahnya pula menyokong tindakan Yoo Ah In itu kerana beliau hanya menyukai seni yang ditunjukkan artis Ron Ficke tersebut. Buktinya, beberapa gambar yang dimuatnaik ke laman ig sebelumnya, juga menunjukkan beliau memang meminati hasil seni. Lagipun, wanita itu hanya kebetulan berdiri di hadapan poster tersebut dan tidak memandang pun poster tersebut , maka ianya tak perlu menjadi isu, katanya mereka lagi.

 

Setakat ini, gambar ig tersebut mendapat 21k likes dan komen sebanyak 1500+ .  Yoo Ah In belum mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun memadamkan gambar tersebut daripada instagram nya. Yoo Ah in terkenal sebagai seorang pelakon yang berbakat dan versatil selain rajin mempertingkatkan seni lakonan dengan teknik “method acting”. Sumber inspirasinya mungkin daripada keminatannya terhadap hasil-hasil seni orang lain. Yoo Ah In baru saja selesai berlakon dalam drama tvN Chicago Typewriter dan beliau sedang menunggu keputusan program khidmat negara.

Sumber: Instagram Yoo Ah In

loading...