Festival Kebudayaan Hyo Seok Bagi Memperingati Penulis Lee Hyo Seok dan Novel ‘When Buckwheat Flowers Bloom’

Annyeong Yeorobun,

Terdapat pelbagai festival yang diraikan di PyeongChang, yang merupakan tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018. Salah satunya adalah Festival Kebudayaan Hyo Seok atau Hyo Seok Cultural Festival. Festival ini diadakan di Bongpyeong iaitu sebuah kampung dengan pemandangan indah padang bunga buckwheat bagi memperingati seorang penulis Korea, Lee Hyo-Seok (1907-1942)  dan novel popularnya  ‘When Buckwheat Flowers Bloom(1936).’

Festival ini biasanya diadakan setiap tahun pada musim luruh.


Festival Kebudayaan Hyo Seok


Yuran kemasukan : Percuma

Lokasi : 157, Ihyoseok-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Tarikh Festival : 2-10 September 2017

Aktiviti / Program :

  • Pertandingan Essei Hyo-seok peringkat Kebangsaan
  • Malam Kesusasteraan Lee Hyo-seok
  • Pertandingan berpuisi
  • Bermain permainan rakyat
  • Persembahan tradisional dan muzikal/ konsert
  • Melawat tempat kelahiran Lee Hyo-seok dan tugu peringatan serta lokasi lain di dalam novel
  • Penjualan barangan tempatan seperti lukisan bunga buckwheat, seramik dan lain-lain
  • Pengalaman menerokai keindahan kampung yang dipenuhi bunga buckwheat, rumah tradisi dan sebagainya
  • Zon bergambar dan lain-lain

Pengangkutan :

  • Bas – Ambil biasa antara bandar ke  Jangpyeong Intercity Bus Terminal. Dari Jangpyeong Terminal, ambil bas tempatan untuk ke Bongpyeong atau Phoenix Park shuttle bus.

Lee Hyo-seok


Lee Hyo-Seok (1907-1942) yang menggunakan nama pena ‘Gasan’ dilahirkan pada 23 Februari 1907 di Pyeongchang , Gangwon-do. Beliau telah menghasilkan lebih 70 karya fiksyen dan mula dikenali dalam dunia sastera pada tahun 1928 melalui karya beliau bertajuk ‘ The City and the Ghost’. Karya beliau ini telah disiarkan dalam majalah bulanan Joseon Jigwang.

Karya lain beliau seperti ‘Unanticipated Meeting’, ‘Shattered Red Lantern’ dan ‘At Sea Near Russia,’ kesemuanya berkisarkan refleksi tentang simpati sosial.

nota : Joseon Jigwang (Light of Korea) adalah majalah bulanan (1922-1930) yang didakwa menyokong pergerakan kaum. Ia kebanyakannya menampilkan esei berunsur akademik dan karya sastera.


When Buckwheat Flowers Bloom (1936)


Novel popular Lee Hyo-seok ini telah dialih bahasa kepada 5 bahasa berlainan seperti Bahasa Inggeris, Cina, Sepanyol dan Perancis. Terdapat banyak penggunaan kata yang indah sehingga menjadikannya paling indah dalam sejarah kesusasteraan Korea. Karya pendek ini menceritakan perjalanan beliau dari Bongpyeong ke Daehwa sambil ditemani permandangan ladang bunga buckwheat yang sedang berkembang serta keindahan alam semulajadi dan suasana kehidupan kampung halamannya, Bongpyeong ketika itu.

Karya beliau ini dipercayai telah menaikkan kesusasteraan Korea ke tingkat yang lebih tinggi, seterusnya memenangi hati ramai pembaca Korea. [sumber KBS Radio]

Seperti yang dinyatakan oleh penulis Lee Hyo-seok dalam karya beliau ;

“The mountainside is interspersed with buckwheat gardens. The flowers that are beginning to bloom look just like sprinkled salt. This picturesque landscape spread in the soft moonlight takes my breath away”.

Novel ‘When Buckwheat Flowers Bloom’ ini telah diadaptasi kepada animasi tiga cerita pendek; ‘Buckwheat Flower, a Lucky Day, and Spring.’

Kredit animasi When Buckwheat Flowers Bloom

Jalan cerita animasi ‘Buckwheat Flower’:

Mengisahkan En. Heo yang kesunyian merupakan seorang Jangdolbaengi (penjaja bergerak disekitar pasar selama 5 hari terutama dikawasan Pyeongchang, Yeongwol dan Jecheon). Beliau telah kerugian wang akibat berjudi dan akhirnya berpindah ke pasar Bongpyeong di Pyeongchang bersama kawan baiknya, Encik Cho. Mereka kemudian bertemu seorang Jangdolbaengi muda, Dong-I  dan mereka bertiga bercadang bergerak ke pasar lain bersama-sama.

Pemandangan di waktu malam

Saat mereka menyusuri  padang bunga buckwheat ketika waktu malam, Encik Heo bercakap tentang cinta sejatinya. Mereka bertemu 20 tahun yang lalu di pasar Bongpyeong ketika dia masih Jangdolbaengi muda. Ia adalah malam di mana bunga buckwheat sedang mekar seperti “garam bertaburan” di padang.


Lee Hyo Seok Culture Village


Kampung Budaya Lee Hyo-seok adalah tempatdi mana penulis Lee Hyo-Seok dilahirkan dan dibesarkan. Perkampungan  ini juga merupakan permulaan kisah penulis ‘When Buckwheat Flowers Bloom’, iaitu salah satu daripada cerita pendek Korea yang paling terkenal hingga kini.

Pada tahun 1990,  kampung ini telah diiktiraf sebagai ‘Kampung Kebudayaan Kebangsaan Pertama’ oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Kampung ini terdiri daripada rumah kelahiran penulis, kilang air, Chungjujip, Taman Gasan, Dewan Memorial Lee Hyo Seok, dan sebuah muzium buckwheat.

Pada kemuncak musim bunga, anda boleh menikmati pemandangan indah padang salji putih bunga buckwheat sepanjang akhir Ogos hingga awal September. Dan pada ketika inilah Festival Kebudayaan Hyo Seok disambut setiap tahun.

Lokasi : Chang-dong 4-ri, Bongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Bayaran kemasukan :

  • Dewasa: 2,000 won
  • Pelajar sekolah menengah : 1,500 won
  • Pelajar sekolah rendah : 1,000 won

Masa operasi:

  • Mei – Oktober: 9:00- 7:00
  • November – April: 9:00 – 6:00

Pengangkutan:

  • Bas – Dong Seoul Bus Terminal (bas antara bandar) → ke Jangpyeong Intercity Bus Terminal →dari Jangpyeong, boleh ambil bas atau teksi ke Bongpyeong.

sumber : visitKorea


Lee Hyo Seok Cultural Hall


Pemandangan Pintu Masuk Lee Hyo Seok Literary Museum

Rumah kesusasteraan (Lee Hyo Seok Memorial Hall)  ini terdiri daripada ruangan pameran kronologi hasil karya sastera Lee Hyo Seok, Kelas Sastera, Penyelidikan Seni, Bilik Idea Kreatif, dan ruangan teater untuk persembahan kesusasteraan mock-up Marketplace Bongpyeong  lama, video untuk tontonan kanak-kanak dan pelbagai aktiviti yang berkaitan sastera.

Antara dokumen berharga dan penuh dengan nilainya yang tersendiri yang dipelihara di sini adalah seperti akhbar, majalah, dan penerbitan buku pertama penulis. Di samping itu, rumah ini terkenal dengan pemandangan sekitarnya yang indah, Taman Sastera, dan denai-denai bunga buckwheat.

Tugu Peringatan Lee Hyo-seok

Lokasi: 73-25, Hyoseongmunhak-gil, Bongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.

Bayaran kemasukan:

  • Dewasa: 2,000 won
  • Remaja : 1,500 won
  • Kanak-kanak : 1,000 won

Masa operasi:

  • Mei – September: 9:00- 6:30
  • Oktober – April: 9:00 – 5:30
  • Tutup setiap Isnin, Tahun Baru dan Chuseok Day

Pengangkutan:

  • BasDong Seoul Bus Terminal, ambil bas antara bandar ke →  Jangpyeong Intercity Bus Terminal →Dari Jangpyeong ambil teksi.

Sumber : VisitKorea


Bongpyeong 5 Days Market


Mercu Tanda Pasar Bongpyeong 5 Days Market
Hidangan Pancake Buckwheat
Antara barangan jualan di pasar

Pasar Bongpyeong dibuka pada hari yang mengandungi nombor ‘2’ dan ‘7’ dengan selang waktu lima hari. Pada ketika ini, buckwheat tanpa gagal, telah menjadi produk carian utama dalam pasaran. Pelbagai jenis produk makanan yang dibuat dari buckwheat yang boleh didapati seperti mee, pancake (lempeng), crepe, roti kukus, mee hot pot, bibimbap dan banyak lagi.

Hari Pasar Beroperasi: Setiap 2hb, 7hb, 12hb, 17hb, 22hb dan 27hb.

Lokasi: 14-1, Dongijangteo-gil, Bongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.

Produk Jualan: Memil (Buckwheat), Goraengjichaeso (sayuran dari dataran tinggi), pelbagai tumbuhan hijau liar yang boleh dimakan, herba ubat-ubatan, biji-bijian campuran

Pengangkutan:

  • Bas – Dong Seoul Bus Terminal (ambil bas antara bandar) →Jangpyeong Bus Terminal → Cross jalan ke seberang dari terminal→ ambil bas dari  ‘Jangpyeong Mooee Arts Center’ Bus Stop dan turun di Changdong2-ri Bus Stop → Menyeberang lintasan pejalan kaki dan jalan terus sejauh 200m untuk tiba ke pasar.

Projek Pemulihan Pasaran Tradisional Dengan Kad Hyundai


A. Tempat rehat diwujudkan di Bongpyeong. B. Logo baru yang berada di jalan masuk pasar. C. Papan klip dipamerkan bagi mengetahui harga dan informasi mengenai barang jualan D. “Nenek Sunyoung,” menjual sayur-sayuran segar sambil mempamerkan kad tanda barunya.

‘Bongpyeong Market Project’ diwujudkan pada tahun 2014 untuk  memelihara infrastruktur tradisional asas pasar, penjenamaan setiap kedai di bawah slogan “Pembangunan untuk Kelestarian”,  bagi menggalakkan penjaja berusaha untuk berubah.

Pasar BongPyeong boleh menarik seramai 5,000 pengunjung dengan lebih dari 100 buah kedai pada waktu puncak sehinggakan Kad Hyundai yang disuntik elemen perniagaan yang sistematik direka. Oleh yang demikian,  semua khemah serta kanopi dipasang  secara sistematik dan mengikut standard agar semua kedai dapat  mewujudkan nilai estetika. Dengan cara ini, ruang yang ada boleh menampung bilangan pengunjung yang bertambah.

Antara Kad Hyundai para peniaga yang mempamerkan informasi serta gambar penjualan mereka

sumber : VisitKorea

Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters
loading...