Top 5 Drama Pilihan 2016 – Bahagian 1

Yeah, ini pertama kali menulis review untuk top 5 drama pilihan bagi tahun 2016, jadi agak berdebar dan tak tahu nak tulis apa *gelak sopan*

Lagi satu, betapa banyaknya drama yang best bagi tahun 2016 ini, jadi rambang mata jugalah nak memilih hahaha. Bukan shopping sahaja tau boleh buat kita rambang mata!

Dan setelah lama memilih (drama-drama tahun 2016), akhirnya saya berjaya juga membuat keputusan. LOL.

Baiklah, mari kita mulakan review kita!

  1. Signal

http://i650.photobucket.com/albums/uu225/amanyhalimi/S%202_zpsbkrdz3y7.jpg

Cue OST: Kim Yoon Ah (Jaurim) – The Road

“What do you think it would be like if you could get communicate with the past?” – Park Hae Young

Drama ini berkisar tentang seorang criminal profiler bernama Park Hae Young (Lee Je Hoon) yang boleh merubah masa hadapan dengan bantuan seorang detektif pada masa lalu, Lee Jae Han (Jo Jin Woong). Mereka berdua berhubung melalui walkie-talkie milik Lee Jae Han yang dijumpai oleh Park Hae Young semasa dia mahu pulang ke rumah dari balai polis.

Signal telah membawa satu fenomena baru kepada para peminat drama-drama Korea (termasuklah saya). Saya tak ingat bagaimana saya dapat tahu tentang drama ini (ketika itu masih belum ditayangkan lagi dan mungkin juga tahu melalui Twitter), saya terus Google (well, itu perkara pertama kita buat kalau nak tahu tentang sesuatu drama kan?). Selesai membaca sinopsis, perasaan ingin menonton drama ini semakin membuak-buak walhal masa tu tak ditayangkan pun lagi.

Ada beberapa sebab kenapa saya ternanti-nanti akan drama ini. Pertama, kerana ia akan ditayangkan di tvN. Bagi para peminat drama thriller, anda mesti tahu saluran berbayar tvN merupakan antara saluran berbayar yang sangat bagus dalam menghasilkan drama berbentuk kepolisan, penyiasatan atau crime-thriller.

Kedua, drama ini berkaitan dengan drama bertajuk Gap Dong (drama kegemaran saya juga) yang pernah disiarkan oleh tvN sekitar tahun 2014. Dan saya juga menonton filem yang berkaitan dengan kedua-dua drama ini (Signal dan Gap Dong) iaitu Memories of Murder yang ditayangkan pada tahun 2003.

Ketiga, kerana barisan para pelakon yang mantap dan saya minati.

Habis menonton episod pertama, saya terus suka dengan drama ini dan ternanti-nanti akan episod seterusnya. Saya sebenarnya seorang peminat drama yang tak akan tonton drama yang masih on-going sebab anda semua pun tahu bahawa penantian itu merupakan satu penyiksaan. Tetapi dengan Signal, saya kalah juga.

Pelbagai rasa terbit semasa menonton drama ini. Rasa sedih, marah, geram, nak jerit, semuanyalah. Hahaha.

16 episod terasa sangat sedikit untuk drama yang hebat seperti Signal ini. Mohon ada Signal 2.0 dan para pelakon yang sama.

This drama might not be everyone’s cup of tea but it’s definitely mine.

2. 1% Of Anything

Cue OST: Na Yoon Kwon – 364 Days of Dream

“Thinking about it now it looks like I found my “One Percent Of Something”  already.  I think it’s finally perfect now.” – Lee Jae In

Saya tonton drama ini kerana Ha Suk Jin. He is my bae ♡♡

Drama ini merupakan remake kepada drama yang ditayangkan pada tahun 2003. Jalan cerita drama ini sangat ringkas dan mungkin juga cliche, tetapi yang cliche itulah yang menarik sebenarnya.

Heroin iaitu Kim Da Hyun (Jun So Min) merupakan seorang guru sekolah rendah yang sangat baik hati dan tidak materialistik. Dia pernah menyelamatkan atuk Lee Jae In.

Hero pula, Lee Jae In (Ha Suk Jin) digambarkan sebagai seorang yang sangat kacak, bijak, datang daripada keluarga yang berada tetapi sombong.  Satu hari, peguam syarikat atuk Lee Jae In (juga merupakan kawan Lee Jae In) datang membawa khabar berita kepada Lee Jae In bahawa atuknya telah menukar wasiat kepada, “Lee Jae In mestilah berkahwin dengan Kim Da Hyun, jika tidak semua harta milik atuk akan diberikan kepada Kim Da Hyun.”

Maka Lee Jae In pun pergilah bersama-sama peguam merangkap kawannya itu untuk bertemu dengan Kim Da Hyun. Dari pertemuan pertama, adanya pertemuan kedua dan mereka bersetuju untuk memasuki ‘dating contract’ selama 10 bulan.

Hubungan yang 99% nampak mustahil itu berakhir menjadi sebuah hubungan yang istimewa walaupun hanya ada 1% peluang tetapi peluang itulah yang membuatkan ia terlalu istimewa dan sempurna.

Kekuatan drama ini pada pendapat saya terletak pada ‘kimia’ yang natural antara kedua-dua pelakon , serta watak Kim Da Hyun. Beliau bukanlah watak cliche heroin di dalam drama-drama Korea, atau dalam erti kata lain watak ‘damsel in distress’. Kim Da Hyun seorang yang tetap pendirian, tahu apa yang dia mahu serta tak menyerah bulat-bulat kepada orang ketiga yang asyik mengganggu hubungannya dengan Lee Jae In.

Kemudian pada watak Lee Jae In. Walaupun dia seorang yang sombong, tetapi dia bukanlah tipikal cucu generasi ketiga (chaebol) kerana Lee Jae In tidak bergantung kepada harta atuknya. Dia pernah kata kepada Kim Da Hyun, dia memang datang daripada keluarga yang berada tetapi itu semua milik atuknya, kerana itulah dia bekerja keras siang dan malam mahu membina kekayaannya sendiri.

Setiap drama dalam 35 – 40 minit, episod keseluruhan 16 episod, dan konflik pun tak banyak. Kalau ada pun, hanyalah picisan sahaja bagi saya. Maksudnya, konflik tersebut dapat diselesaikan dengan cepat dan tak meleret-leret.

Selain itu, drama ini menzahirkan perkataan “romantik” dalam bentuk yang normal dan semula jadi. Tak perlu hadiah yang mewah, cukuplah sekadar meluangkan masa bersama walaupun sibuk dengan kehidupan seharian, atau pun berjalan berpimpinan tangan menuju ke kedai ais krim, tak pun bermain roller blade di taman permainan. Perkara yang saya rasa, normal untuk kita semua.

3. Age of Youth

Cue OST: Sogyumo Acacia Band – Butterfly

“Everyone has their own circumstances to deal with. That’s why you can’t judge people willy-nilly.” – Song Ji Won

Gambaran pertama saya kepada drama ini, “ala ini mesti drama tentang budak remaja, mesti tak best!” Tetapi ternyata saya silap sama sekali!

Drama ini lebih daripada hanya sekadar cerita tentang para remaja. Ia menyentuh banyak isu malah isu yang dikira tabu di Korea dan mungkin juga di Malaysia. Apa yang mereka lalui di alam remaja, saya percaya kita pun pernah melaluinya. Kerana itulah, drama ini terasa sangat dekat di hati saya.

Lima orang pelajar universiti yang berbeza personaliti menyewa satu rumah yang diberi nama Belle Epoque. Drama ini bercerita mengenai bagaimana mereka berlima cuba untuk berkomunikasi sesama sendiri walaupun wavelength mereka berbeza.

Yoon Jin Myung (Han Ye Ri) sibuk dengan kerja-kerja sambilan demi menampung yuran pembelajarannya, Jung Ye Eun (Han Seung Yeon) pula terlalu cintakan teman lelakinya membuatkan dia ‘buta’ akan orang lain di sekelilingnya, Song Ji Won (Park Eun Bin) seorang yang ceria dan bagi saya dia merupakan watak yang merapatkan mereka berlima, Kang Yi Na (Ryu Hwa Young) yang terlalu cantik sehinggakan lelaki sering mengambil kesempatan ke atasnya, dan Yoo Eun Jae (Park Hye Soo) si bongsu yang pendiam dan agak anti-sosial.

Persahabatan mereka bukan bermula dengan elok. Mereka bertengkar, bergaduh, ejek-mengejek tetapi itulah yang membuatkan mereka semakin dekat. Lumrah persahabatan, ada pergaduhan, ada tawa dan air mata. Tetapi, mereka sentiasa ada di kala susah dan senang. Teringat pula akan kata pepatah kegemaran saya, “a friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words.”

http://i650.photobucket.com/albums/uu225/amanyhalimi/AOY%20134_zpsme8lpesq.png

Susah bagi saya untuk memilih scene yang menarik kerana bagi saya, semua scene di dalam drama ini terlalu menarik! Selain scenes yang menarik, apa yang membuatkan drama ini menyerlah ialah daripada narrations atau pun kata-kata yang kita boleh kaitkan dengan diri kita sendiri. Seperti contoh semasa Song Ji Won berkata kepada Yoo Eun Jae: “Everyone has their own circumstances to deal with. And until you know the circumstances that they’re in, you can’t tell people how to live their lives. I’m sure you have something like that about you, too. Something that others can’t understand about you, but you can’t help. That’s why you can’t judge people willy-nilly.”

Sayangnya drama ini hanya 12 episod. Aha tetapi pihak produksi ada memberitahu bahawa kesemua pelakon telah berjanji dengan pihak produksi bahawa jika ada musim kedua, mereka akan kembali. Ini sudah semestinya merupakan berita yang paling gembira buat saya!

4. Please Come Back Mister

Cue OST: Noel – Again

“It was beautiful. Happiness and sadness were all beautiful.” – “Knulp” by Herman Hesse.

Saya memilih untuk menonton drama ini kerana saya menonton sesebuah drama bukan sebab ratings atau trend. Heh.

Drama ini sangat kelakar, penuh dengan suka dan duka. Barisan para pelakon pula terlalu mantap, pada perkiraan saya.

Dua orang ahjussi; Kim Young Soo (lakonan Kim In Kwon) dan Han Gi Tak (lakonan Kim Soo Ro) tidak boleh menerima kenyataan bahawa mereka sudah mati lalu meminta untuk kembali ke dunia dan bertemu dengan keluarga mereka. Permintaan mereka ditunaikan tanpa diberitahu bahawa mereka tidak akan dijelmakan semula ke dalam tubuh badan mereka sendiri, tetapi roh mereka akan dijelmakan semula ke dalam tubuh badan orang lain. Dan mereka takkan selama-lamanya hidup di dunia. Sampai masanya, mereka akan dipanggil semula.

Maka bermulalah kehidupan dua orang ahjussi ini yang hidup di dalam badan manusia lain (seorang perempuan dan seorang lelaki). Kim Young Soo di dalam badan Rain yang memegang watak Lee Jae Hoon, dan Han Gi Tak di dalam badan Han Hong Nan (Oh Yeon Seo).

Sismance yang ditampilkan antara Han Hong Nan dan Song Yi Yeon (Lee Honey) di dalam drama ini terlalu kuat tetapi saya amat menyukainya. Bagaimana mereka menjadi kuat demi menyokong satu sama lain, mereka selalu ada di saat sedih dan gembira. Terlalu indah untuk digambarkan. Kalau ada sambungan, memang sayalah orang yang paling gembira sekali!

Ending (spoiler) pula terlalu menyentuh hati. Seseorang yang menyerupai Han Hong Nan berjoging dan lalu di sebelah Song Yi Yeon tetapi Song Yi Yeon tidak langsung menoleh. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Han Hong Nan bahawa apabila roh Kim Young Soo dan Han Gi Tak dipanggil semula naik ke atas langit, semua yang ada di bumi akan melupakan kehadiran mereka, lupa bahawa mereka berdua pernah hadir di dalam hidup yang lain.

5. Oh Hae Young Again

Cue OST: Ben – Like a Dream

“Whatever happens, just live. Even if you’re torn into pieces, just live. Staying alive is winning.” – Park Do Kyung

Apakah yang akan anda lakukan jika:

  1. anda diberi kuasa untuk melihat masa hadapan?
  2. anda bertemu kembali dengan ‘kisah lama’ anda?
  3. anda jatuh cinta kepada lelaki yang sebenarnya menghancurkan kebahagiaan anda?

Itu merupakan antara persoalan utama drama ini. Park Do Kyung, watak yang dilakonkan oleh Eric mempunyai kuasa untuk melihat masa hadapan. Pada mulanya dia boleh melihat masa hadapan orang-orang yang dia kenali tetapi satu hari, dia mula mendapat ‘vision’ tentang seorang wanita yang dia tak kenali langsung.

Wanita itu ialah Oh Hae Young (Seo Hyun Jin), wanita yang berkongsi nama dengan bekas tunang Park Do Kyung (saya namakan Oh Hae Young 2 yang dilakonkan oleh Jeong Hye Bin). Oh Hae Young merupakan seorang wanita yang periang, tidak akan membiarkan dirinya ditindas serta tahu mempertahankan haknya. Sekali lagi, ye sekali lagi inilah watak heroin yang saya suka. Heroin yang tak mudah ditindas dan tahu tentang hak-haknya.

Kedua-dua Park Do Kyung dan Oh Hae Young pernah melalui episod duka. Park Do Kyung ditinggalkan tunangnya di hari bahagia mereka, manakala tunang Oh Hae Young pula memutuskan pertunangan mereka sehari sebelum majlis perkahwinan mereka dengan alasan lelaki itu tidak yakin dengan cintanya kepada Oh Hae Young (heh alasan tipikal) dan juga tak suka dengan cara Oh Hae Young makan (okey alasan ni agak pelik bagi saya).

Saya dapat rasakan ‘kimia’ antara Eric dan Seo Hyun Jin sangat bagus. Mereka tak nampak kekok malah di sebalik tabir pun, mereka seperti kawan. Para pelakon pembantu pun sangat bagus seperti Kim Ji Suk, Ye Ji Won, Jeon Hye Bin, Heo Jeong Min, Heo Young Ji serta kedua ibu bapa Oh Hae Young.

[IMG][/IMG]

Oleh kerana ratings drama ini mengungguli ratings tertinggi bagi drama Isnin-Selasa untuk saluran tvN, maka episodnya ditambah kepada 2 (menjadikan episod keseluruhan 18 episod) dan para penonton pun dapat 2 episod spesial. Jadinya, 18 episod + 2 (spesial).

Pengakuan: okey saya tengok drama ni sebab Eric walaupun bias saya Hyesung sebenarnya hahaha.

******************

Dan, itu sahaja daripada saya! Terima kasih sudi membaca sehingga ke ayat yang terakhir! Nantikan pula bahagian seterusnya daripada para penulis Kmania yang lain!

Jangan lupa mengundi untuk pencalonan awal CARI K Drama Awards 2016 akan ditutup pada 20/12/2016 Selasa ini,  —> >>KLIK SINI <<

TOP 5 akan diumumkan pada Ahad, 25/12/2016 ini.

Stay tuned!