Dalam episod 22 baru-baru ini, buat pertama kali dalam hidupnya Hwa Shin membuang segala egonya dengan mengaku di hadapan orang ramai bahawa dia penghidap penyakit barah payu dara sambil mengucapkan penghargaan tak berbelah bagi terhadap Na ri yang tak putus-putus menemaninya ke pusat radioterapi yang dikelilingi pesakit wanita.
Pengakuan tersebut membuatkan Na ri menangis dan terharu. Babak tersebut berakhir dengan senyuman Hwa Shin yang ternyata berpuas hati dengan tindakannya itu, namun sekilas hatinya masih meletakkan harapan ke atas Na Ri yang akan tetap meneruskan hubungan mereka apabila satu hari nanti Na Ri mengetahui masalah ketidaksuburan yang dihadapinya.
Keseluruhan Episod 22 menyaksikan dilema Hwa Shin yang berasa untuk ‘give up’ hubungan mereka gara-gara impian mereka untuk memiliki anak kelak bakal terbantut. Namun, pengakuan Hwa Shin dalam babak akhir episod 22 menandakan Hwa Shin belum lagi mahu ‘break up’ dan mencerahkan pada Na Ri bahawa dia adalah ‘orang yang dipercayai’.
Adakah Na Ri akan berkorban seluruh jiwanya bersama-sama Hwa Shin? Adakah Hwa Shin akan menawarkan pada Jung Won untuk memiliki Na Ri sebaliknya manakala dia pula akan pergi menghilangkan diri?
Jangan lupa tontoni drama ini menjelang hari esok, jam 8.15 pm cenel onehd 393. Episod 23 akan ditayangkan ‘live’ pada malam ini!
[fbvideo link=”https://www.facebook.com/nur.yaacob.7/videos/10155446103867729/” width=”500″ height=”400″ onlyvideo=”1″]