Agensi sahkan Jang Ki Yong akan mulakan khidmat tenteranya Ogos depan

Pelakon drama “My Roomate is a Gumiho”, Jang Ki Yong kini sedang bersiap sedia untuk mendaftar dalam khidmat tentera.

Pada 26 Julai, wakil dari industri melaporkan bahawa pelakon itu akan masuk tentera bagi menjalani khidmat tentera wajibnya pada 23 Ogos.

Agensinya, YG Entertainment mengesahkan laporan tersebut dengan pernyataan berikut:

Hello. Ini adalah YG Entertainment.

Pelakon Jang Ki Yong akan mendaftar sebagai askar bertugas aktif pada 23 Ogos setelah menamatkan penggambaran untuk drama “Now, We Are Breaking Up” (judul literal).

Untuk mengelakkan penyebaran COVID-19, lokasi dan masa pendaftarannya tidak akan didedahkan.

Ini adalah keputusan yang tidak dapat dielakkan yang dibuat untuk keselamatan peminat dan wartawan, jadi diharapkan agar anda semua dapat memahaminya.

Teruskan menyokong Jang Ki Yong agar dia dapat menyelesaikan perkhidmatan wajibnya dengan tekun dan kembali dalam keadaan sihat.

Terima kasih.

Jang Ki Yong kini sedang menjalani penggambaran untuk drama yang akan datang “Now, We Are Breaking Up” bersama Song Hye Kyo Drama ini dijadualkan untuk tayang perdananya pada akhir tahun ini melalui SBS. Kepada yang masih belum menonton drama “My Roomate is a Gumiho” lakonan terkini Jang Ki Yong disamping Hyeri boleh saksikannya menerusi Astro Go dan juga di platform iQIYI.

Sumber : sports.donga | star.mt

loading...